info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, January 10, 2018

Tak Dapat Teman Isteri Ketika Bersalin Kerana PJJ, Guru Kesal 10 Tahun Permohonan Tukar Tidak Berjaya


Mungkin ramai yang mengagak tugas sebagai seorang guru ini seronok, ada cuti yang banyak. Bila cuti sekolah saja, guru pun cuti sama dan bolehlah luangkan banyak masa dengan keluarga kerana cuti panjang di hujung tahun.

Namun disebalik seronoknya menjadi guru, ada duka laranya yang ramai tak tahu.
Menerusi perkongsian Rahim Ismail di Facebook, dia telah meluahkan rasa tertekannya apabila sudah 10 tahun hidup berjauhan dengan isteri gara-gara permohonan pertukarannya gagal berkali-kali. Beliau yang kini mengajar di Perak terpaksa berulang-alik pulang ke Kelantan, tempat di mana isterinya tinggal bersama anak-anak dan mengajar di sana.



Menurut Rahim, dia mempunyai empat orang anak yang berusia 4 bulan, tiga tahun, enam tahun dan lapan tahun. Kesemua anak-anaknya dijaga isteri yang kini tinggal di rumah mereka di Kota Bharu bersama ibu mertuanya yang lumpuh. Ibu bapa Rahim pula sudah meninggal dunia.

Dugaan mula menimpa pada tanggal 14 Ogos 2017 lalu, apabila isterinya bakal melahirkan anak yang keempat. Rahim terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dari Perak untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan. Lebih menyedihkan dia tidak sempat menemani isteri bersalin dan wanita itu terpaksa melahirkan bayi tanpa sesiapa berada di sisinya.

“Allahuakhbar. Isteri bersalin tanpa aku di sisi dan tiada seorang pun waris yang menemaninya,” katanya.



Ujian yang menimpanya bertambah-tambah apabila anak yang baru dilahirkan dimasukkan ke ICU selama seminggu. Bayi itu disahkan menghidap masalah pernafasan “Meconium Aspiration Syndrome with Pneumonitis” dan terpaksa dirujuk ke HUSM sehingga berusia dua tahun.

Kerisauan Rahim tidak berakhir di situ saja. Meninggalkan isterinya sendirian di rumah bersama anak-anak mendedahkan mereka kepada bahaya apabila rumah mereka sudah dua kali dipecah masuk. Laporan sudah dibuat dan salinan telah dikepilkan bersama surat permohonan tukar, namun permintaannya masih tidak dapat ditunaikan.




Justeru itu, dia terpaksa gagahkan diri juga untuk berulang alik sejauh 300km hampir setiap minggu demi keluarga tercinta. Meskipun hampir kemalangan berkali-kali kerana penat memandu kereta dan jalan yang licin akibat hujan lebat, Rahim berkata, dia tetap akan berbuat demikian jika permohonan tukarnya masih belum berjaya.

“Moga-moga ada sinarnya tahun 2018. Dah tak sanggup hidup berjauhan lama-lama,” katanya lagi.



Rata-rata netizen yang membaca luahan hati Rahim amat bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Mereka mendoakan agar apa yang dihajatinya menjadi kenyataan suatu masa nanti.



Semoga duka lara guru-guru ini dapatlah diselesaikan dengan secepatnya. Kasihan dengar rintihan mereka yang berjauhan dengan keluarga.

sumber : Rahim Ismail via lobakmerah

No comments:

Post a Comment