Sharnaaz ‘Sound’ Nur Sajat! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Wednesday, January 17, 2018

Sharnaaz ‘Sound’ Nur Sajat!


SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang begitu lantang dalam bersuara di media sosial.

Kalau sebelum ini, kita dikejutkan dengan kenyataan ‘panas’ pelakon itu berhubung penyebaran gambar pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil.

Kali ini, Sharnaaz sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila beliau dilihat bersuara mengenai usahawan, Nur Sajat pula berhubung jantina sebenar ‘wanita’ itu yang sekian lama menjadi pertikaian ramai pihak.

Menerusi satu kemas kini di akaun Twitter peribadi milik Sharnaaz, beliau menyatakan tidak kisah ataupun marah sekiranya benar Sajat berstatus ‘mak nyah’.

Tetapi, apa yang beliau harapkan adalah Sajat berhenti daripada terus mempermainkan hati semua rakyat Malaysia berhubung status jantinanya.

Malah lebih ‘panas’, Sharnaaz turut meminta agar media ‘gam’ usahawan itu daripada terus ‘berlegar’ di kaca televisyen dan media sosial selain sempat mencabar netizen untuk mentioned Sajat dalam posting berkenaan.


“Sajat, kalau kau pondan kami tak marah. Quit playing games with our heart. Paling kuat pun ‘gam’ kan dia daripada televisyen (TV), media sosial and viral.

“Jangan buat don’t know je. Akhirat nanti susah kalau disoal. ‘Anda nampak buat apa?? Ikut menyanyi sekali’. Baru kena tibai 7 kaki dalam. Tolong tag dia,” ujar pelakon yang terkenal menerusi watak Lan Todak dalam filem Juvana itu.

Ternyata perkongsian itu dilihat mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata menghujani ruangan komen entri tersebut bersetuju dengan pendirian Sharnaaz.





Sehingga kini, entri tersebut telah mendapat lebih daripada 8,000 kicauan semula dan 4,000 tanda suka di laman sosial berkenaan. 

sumber : SharnaazAhmad

No comments:

Post a Comment