info-info menarik !

Breaking

Wednesday, January 31, 2018

Scammer semakin berani guna surat jata negar untuk tipu mangsa!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya jika menerima panggilan telefon palsu atau lebih dikenali sebagai Macau Scam.

Selepas pelbagai modus operandi yang dilakukan oleh sindiket penipuan Macau Scam telah didedahkan di media sosial. Sindiket penipuan Macau Scam dilihat telah melakukan modus operandi baru untuk menipu mangsa.

Terkini, sindiket penipuan itu sudah semakin berani menggunakan surat Jata Negara untuk menipu mangsa. Seorang wanita, Fazimah Md Bazid berkata hampir ditipu sindiket penipuan terbabit berjumlah RM5,000.

Fazimah berkata dia telah menerima panggilan telefon dari individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pihak Kastam di Kedah. Individu terbabit mendakwa Fazimah telah menerima notis amaran berkenaan GST berjumlah RM16,000 dan masih tertunggak akibat rampasan telefon bimbit di checkpoint kastam di Bukit Kayu Hitam.

Apabila telah menafikan perkara terbabit dilakukan olehnya. Fazimah kononnya telah disambungkan ke IPD Kedah dan ditemu bual individu bergelar Sarjan Hamizi.

Setelah selesai ditemu bual oleh Sarjan Hamizi, kemudian Fazimah telah disambung kepada Sarjan Taufiq pula dan kononnya mahu membuat semakan di bahagian IT jika Fazimah terbabit dengan mana-mana kes jenayah.


“Saya dengar perbualan sarjan tersebut melalui walkie talkie. Keadaan sangat real ketika itu dengan cara dan perbualan mereka,” kata Fazimah.

Bahagian IT memaklumkan Fazimah adalah terlibat dengan kes syabu seberat 16 kilogram dan waran tangkap telah dikeluarkan. Akibat panik dengan jenayah yang dituduh, Fazimah akui telah menangis kerana risau dan takut dengan keadaan yang berlaku pada dirinya. Fazimah juga telah meminta untuk ke balai polis menyelesaikan perkata terbabit.

Namun, Sarjan Taufiq melarang Fazimah untuk ke mana-mana balai polis dan akan ditahan polis jika tidak memberi kerjasama dengan pihak polis. Sarjan itu memberi dua pilihan pada Fazimah iaitu reman selama 45 hari, akan dilepaskan jika tidak bersalah dan membayar wang jaminan sebanyak RM5,000, wang akan dikembalikan jika tidak bersalah.

Disebabkan ragu-ragu dengan cara Sarjan taufiq menguruskan kes terbabit, Fazimah nekad mahu ke mana-mana balai polis untuk menyelesaikan masalah terbabit. Tetapi, Fazimah telah ditengking Sarjan terbabit dan disifatkan sebagai menganggu siasatan polis. Sarjan itu memujuk meminta Fazimah untuk memasukan wang ke personal auditor mahkamah.

Akhirnya, Fazimah telah mengambil keputusan meninggalkan telefon di meja dan menghubungi suami. Apabila suami menyemak dengan rakannya yang merupakan seorang polis, barulah mengetahui kes terbabit adalah scam atau sindiket.

Fazimah telah menerima Whatsapp yang memaparkan surat mahkamah untuk membuat penangkapan terhadapnya. Apabila dilihat surat itu memang seperti surat sebenarnya yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah.



“Cara-cara yang mereka gunakan sangat real, dari panggilan telefon, cara siasatan dan ketegasan mereka. Mungkin kerana saya tidak berapa tahu cara anggota kita membuat siasatan jadi perkara sebegini sedikit sebanyak mempengaruhi dan mudah dipercayai.” katanya.


Oleh itu, Fazimah juga menasihati orang ramai untuk tidak mudah tertipu. Apapun, jika terdapat panggilan telefon dari nombor yang mencuriga lebih baik terus mematikan panggilan telefon terbabit, untuk elakkan anda terjebak dengan sindiket penipuan terbabit.

No comments:

Post a Comment