info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 8, 2018

"Saya hantar makanan jer" - Pasangan dicekup di hotel bajet!

Gambar Hiasan
Seorang remaja perempuan bersama pasangannya ditahan di hotel bajet dalam serbuan yang dijalankankan oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di kawasan Nilai, semalam, lapor Sinar Harian. 

"Saya hanya nak hantar makanan je!" demikian alasan remaja perempuan terbabit. 

Pada awalnya, pasangan berkenaan enggan membuka pintu. Namun selepas diasak lebih 10 minit yang pintu bilik mereka akan dipecahkan dan segala kerugian ditanggungnya sendiri, barulah remaja itu akur.

Meskipun pintu sudah dibuka, remaja terbabit masih mahu menipu dengan mendakwa dia hanya tinggal bersendirian. Apabila pemeriksaan dilakukan pada bilik itu, penguat kuasa JHEAINS menemui seorang lelaki yang sedang menyorok di dalam tandas. 
Malah lelaki itu cuba melarikan diri dengan alasan mahu keluar sebentar untuk mengambil barang, namun gagal berbuat demikian. 

Ketua Unit Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pasangan itu adalah antara sembilan pasangan kekasih yang ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula jam 12 tengah malam di dua buha hotel di kawasan Nilai. 

Kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 25 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana cuba melakukan persetubuhan haram. 

"Pemeriksaan dilakukan di hotel berkenaan susulan maklumat orang awam yang lokasi itu sering dikunjungi remaja untuk melakukan perbuatan maksiat. 

"Sepanjang pemeriksaan, kita mengikut prosedur ditetapkan iaitu memperkenalkan diri sebelum meminta pintu bilik dibuka. Jika mereka berdegil, amaran terpaksa diberikan," katanya. 

Kesemua pasangan yang ditahan dibawa ke pejabat penguat kuasa JHEAINS untuk siasatan lanjut.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment