"Sapa percaya produk dia memang bod**, dah sah korang kena tipu" - Instafemes Tipu Orang Ramai? - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Wednesday, January 17, 2018

"Sapa percaya produk dia memang bod**, dah sah korang kena tipu" - Instafemes Tipu Orang Ramai?


Kemunculan instafemes dengan wajah yang jelita serta flawless ini telah menarik perhatian pengguna media sosial terutamanya wanita yang ingin mengetahui rahsia di sebalik kecantikan yang dimiliki gadis-gadis ini.

Disebabkan hal tersebut, ramai instafemes telah mengeluarkan produk kecantikan sendiri dan mengesyorkan peminat untuk menggunakan produk tersebut jika ingin memiliki kulit sihat dan cantik seperti mereka.

Pun begitu, tidak semua yang dikatakan oleh instafemes ini benar kerana ada yang mendakwa ia untuk tujuan bisnes semata-mata.



Menerusi satu tweet yang dimuat naik pengguna di Twitter, gadis yang bernama Shabina ini telah mendakwa seorang instafemes bertindak menipu pengikutnya dengan mengatakan dia telah menggunakan produk rekaan sendiri demi memiliki wajah yang cantik.

Namun sebaliknya, instafemes tersebut telah mendapatkan rawatan sebuah klinik terkenal bertahun lamanya sebelum muncul dengan wajah yang flawless dan menarik perhatian ramai.



Tweet tersebut telah mendapat sokongan daripada pengguna Twitter lain yang mengakui instafemes tersebut sebelum ini memang pernah mengaku bahawa dia menggunakan khidmat seorang doktor pakar demi menghilangkan masalah jerawat yang dialaminya.

Namun, secara tidak semena-mena setelah mengeluarkan produk baru, dia mengakui telah mendapatkan kulit yang flawless hanya dengan memakai produk kecantikan yang dikeluarkannya baru-baru ini. Alamak betul ke ni??



Tidak cukup dengan itu, netizen juga mempersoal harga yang diletakkan bagi produk yang dijual instafemes tersebut. Bagi mereka, terdapat beberapa produk tempatan lain yang jauh lebih murah harganya dan berkesan penggunaannya berbanding produk instafemes tersebut yang ternyata mahal namun berasal daripada bahan mentah yang sama.



Namun tidak semua yang menyokong tindakan mengecam instafemes tersebut. Ada juga yang memohon supaya netizen berhenti mengutuk dan jangan menabur pasir ke dalam periuk nasi seseorang. Rezeki masing-masing dalam mendapat keuntungan.



Walau apa-apapun, diharapkan produk yang dikeluarkan instafemes tersebut benar-benar berkesan sehingga pengikutnya mampu memiliki kulit secantik pengeluar produk tersebut. Janganlah nanti bila produk sudah keluar, ada pula yang mengaku tak berkesan. Tak pasal-pasal dapat kecaman yang lebih teruk sehingga memalukan pula.



Bagi pengguna produk kecantikan tempatan di luar sana pula, siasat dulu isi kandungan produk lokal sebelum menggunakannya. Sekarang ni banyak produk ada kimia!

Lebih elok kalau rujuk doktor pakar kulit kalau berkemampuan kerana konsultasi mereka lebih berkesan dan boleh dipercayai.

Kalau nak cantik kenalah melabur lebih kan?

Sumber : Shabina via lobakmerah

No comments:

Post a Comment