info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, January 14, 2018

Sadis!! Birthday Prank Membawa Maut Kepada Remaja Ini!


Merayakan ulang tahun kelahiran dengan mengenakan rakan seakan-akan menjadi satu trend anak muda zaman sekarang. “Birthday boy” dan “birthday girl” dikerjakan seteruk-teruknya oleh rakan baik sebelum dikejutkan dengan majlis sambutan hari jadi.

Itulah yang selalu berlaku pada anak muda sekarang. Namun, tindakan itu walaupun dilihat sebagai suka-suka tetapi ada juga kesan buruknya kepada mangsa yang “dikerjakan”.

Satu kematian telah berlaku di Indonesia akibat daripada rakan-rakan yang meraikan ulang tahun kelahiran seorang wanita dengan “suprise” begini.

Sandy(21) adalah korban dari perbuatan gila rakan-rakannya. Isnin 26 September 2016 adalah hari ulang tahunnya.

Sandy merupakan seorang warga Lengkong Wetan Kecamatan Serpong, Kota Tangerang Selatan (Tangsel), pekerja sebuah tempat futsal di Tangsel mendapat “surprise” dari rakan-rakannya.

Dia diikat di sebuah tiang elektrik di kawasan tempat kerjanya. Rakan-rakannya meraikan hari lahir Sandy dengan menyiraminya dengan air. Tak disangka, Sandy tiba-tiba kejang.

Sempat dibawa ke Hospital Eka Bumi Serpong Damai (BSD) namun nyawanya tak dapat diselamatkan.Sebab kematiannya adalah unsur kelalaian.

Ada kabel elektrik yang tidak stabil pada tiang elektrik tersebut yang terkena pisau pemotong rumput.

Petugas futsal lain sempat mematikan panel elektrik tapi arus elektrik yang masuk telah dan tidak mampu menahan ketahanan tubuh Sandy. Akhirnya Sandy meninggal dunia.

Ahli sosiologi dari Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Musni Umar menyebut bahawa masyarakat mesti mengambil pengajaran dari kejadian ini.

Pelbagai pihak bermula dari ibu bapa di rumah, guru di sekolah, mahupun kerajaan dan semua pihak mesti turut sama mengambil bahagian dalam mengawal kehidupan seharian generasi muda.

“Mungkin itu suatu bentuk penghormatan kepada yang sedang ulang tahun. Tapi tanpa disedari menimbulkan bencana.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Ini pula kisah lelaki ini buta disebabkan telur smasa menyambut hari jadinya.

Hilang Masa Depan Kerana Telur – Gara-Gara Mahu ‘Prank’ Birthday Adik, Lelaki Ini Buta Mata Selamanya

Memang jadi lumrah setiap kali birthday kita akan suka prank kawan kita dengan tepung atau telur. Betul tak? Namun di sebalik keseronokan kita celebrate birthday kawan, kita terlupa ada bahaya menanti kita yang tidak disangka.

Seperti perkongsian kali ini, gara gara telur busuk terkena mata, remaja ini kehilangan penglihatan nya buat selamanya. Memang sedih. Semoga korang hati hati kalau nak prank telur time birthday tu.

Terkena telur busuk ke mata


Kehilangan masa depan kerana telur


Sumber: mylabulabi.tech

No comments:

Post a Comment