"RM15,000 Untuk Makeup Kereta!" - Berhabis Wang Untuk Ubah Suai Kereta Demi Kepuasan! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, January 8, 2018

"RM15,000 Untuk Makeup Kereta!" - Berhabis Wang Untuk Ubah Suai Kereta Demi Kepuasan!


Selalu kita dengar kaum perempuan meminati benda-benda yang cantik, fesyen dan alat solek. Ramai juga wanita yang meminati sukan-sukan lasak seperti rock climbing, paragliding, dan mendaki gunung.

Pun begitu, jarang sekali kita dengar kaum wanita yang mempunyai hobi berkaitan dengan kereta.

Inilah istimewanya seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Auni yang memiliki hobi mengubah suai kereta miliknya dan meminati hal kereta mengalahkan lelaki.

Menerusi perkonsiannya, Auni sampai sanggup berhabis wang ribuan ringgit semata-mata demi keretanya.



Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika wanita cantik ini mempunyai hobi sedemikian. Demi minat dan kepuasan diri, Auni gemar melakukan pelbagai pengubahsuaian terhadap kereta-keretanya dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan gaya yang diinginkan.

“Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak.”

Apabila ditanya tentang hobi unik Auni yang suka menukar penampilan kereta miliknya supaya kelihatan lebih unik, wanita ini berkongsi bahawa dia juga mempunyai hobi lain seperti mengumpul alat solek dan melancong.



Menyamakan hobi ubah suai kereta dengan hobi suka bersolek, Auni memberitahu bahawa dia begitu minat untuk ‘menyolek’ keretanya.

“Selain makeup muka sendiri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik, bagi unik.”

“Yang paling best part bunyi ekzos…Dari tak ada, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik.

Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain.”



Bercerita pengalaman mengubah suai kereta Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z miliknya, Auni memaklumkan bahawa dia pernah berhabis wang lebih RM15,000 untuk mengubahsuai kereta tersebut.

Wow, banyaknya!
Antara kereta-kereta yang pernah dibeli oleh Auni adalah;


  1. Honda civic FD 2.0
  2. BMW350i
  3. Kereta Chevrolet Cruze 1.8
  4. Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z
  5. Honda City 1.5 Full Spec
Waaah, memang lain dari yang lain hobi Auni ni!

Jangan ingat lelaki sahaja ada hobi ubah suai kereta, perempuan pun ada tau!

sumber : Cik Puan Auni via lobakmerah

No comments:

Post a Comment