"Pornografi Kanak-Kanak" - Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP tertinggi di Asia Tenggara! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Tuesday, January 30, 2018

"Pornografi Kanak-Kanak" - Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP tertinggi di Asia Tenggara!


Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP tertinggi di Asia Tenggara dalam memuat naik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak.

Menurut laporan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, jumlah kanak-kanak yang jatuh ke tangan penjenayah yang dikenali melalui dalam talian juga dilaporkan meningkat dengan pantas.

Kebanyakan ibu bapa di Malaysia membiarkan anak mereka menggunakan telefon bimbit tanpa pemantauan dan lebih 60 peratus kanak-kanak meluangkan masa di ruang bual atas talian pada setiap hari.

Data menunjukkan hampir 20,000 alamat IP di Malaysia yang memuat naik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak, kata pegawai Seksyen Siasatan Seksual, Wanita dan Anak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ong Chin Lan.

Beliau mendedahkan, berdasarkan data yang diperolehi daripada polis Belanda yang berpengkalan di Malaysia pada 2015, sebanyak 17,338 alamat IP melibatkan pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia.

Kata beliau, data menunjukkan sebelum 2014, secara purata seramai 60 kanak-kanak mendapat serangan seksual daripada penjenayah yang dikenali menerusi Internet.

Angka itu meningkat kepada 184 pada 2015 dan 183 pada 2016, manakala 2017 pula seramai 117 kanak-kanak setakat Mei tahun lalu.

Difahamkan, sebanyak 51 peratus kanak-kanak berusia antara 13 dan 15 tahun berkawan dengan penjenayah menerusi aplikasi WeChat, Facebook, WhatsApp dan Beetalk.

Lebih membimbangkan, sebanyak 60 peratus kanak-kanak perempuan dan 40 peratus kanak-kanak lelaki akan bertemu dengan orang yang dikenali mereka secara atas talian.

Data tersebut turut mendedahkan bahawa hanya 35.6 peratus ibu bapa yang memantau aktiviti anak-anak mereka.

Aktivis daripada badan bukan kerajaan PS The Children, Chen Pei Ling berkata, tiga daripada 10 kanak-kanak yang dikaji dalam sebuah seminar mengaku berjumpa dengan ‘teman lelaki’ yang tidak pernah ditemui mereka sebelum ini.

Kajian daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (Unicef) menunjukkan lebih 60 peratus kanak-kanak atau remaja meluangkan masa di ruang bual atas talian pada setiap hari. – Sin Chew Daily/Asia News Network/mStar Online

No comments:

Post a Comment