info-info menarik !

Breaking

Tuesday, January 16, 2018

Polis dimalukan selepas kantoi buang sampah dari Kereta!


Membuang sampah merata-rata adalah salah di sisi undang-undang. Di Indonesia, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga Rp500,000 iaitu kurang daripada RM150.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir golongan yang tidak menghiraukan undang-undang tersebut termasuklah anggota polis sendiri.

Menurut Coconuts, sebuah rakaman video tersebar menunjukkan polis dimalukan apabila orang awam mengutip dan memulangkan semula sampah dibuang olehnya dari dalam kenderaan polis.

Kejadian yang berlaku di Matraman, Timur Jakarta itu telah mendapat perhatian orang ramai kerana keberanian lelaki tersebut yang selamba memulangkan sampah tersebut kepada anggota polis itu. Selain itu, mereka berpendapat bahawa polis juga tidak boleh lari daripada undang-undang.

Rakaman video yang telah dimuat naik oleh lelaki itu sendiri yang bernama Sidoli Parjalang telah tersebar di laman media sosial. Video tersebut menunjukkan bekas cawan plastik yang telah dibuang dari dalam kereta polis ketika berada dalam keadaan berhenti kerana kesesakan lalu lintas.




Sementara orang lain hanya berdiam diri, Sidoli dan rakannya tidak senang duduk melihat perlakuan tersebut dan mengambil keputusan untuk menegur perbuatan polis itu yang menyalahi undang-undang.

“Saya memberitahu rakan saya, itu tidak betul, kita mesti menegurnya. Rakan saya bertanya, ‘Adakah anda cukup berani?”

Oleh yang demikian, Sidoli terus turun daripada kenderaan yang dinaikinya dan menghampiri kenderaan polis berkenaan. Dia kemudian mengutip sampah yang dibuang itu dan dengan selamba memulangkan plastik cawan tersebut kepada polis berkenaan sambil berkata,

Tuan, ini cawan plastik anda, jangan buang sampah merata-rata, buangnya di dalam tong sampah.”

Sidoli menjelaskan bahawa dia bukannya ingin tunjuk hero tetapi merasakan tiada sesiapa yang patut membuang sampah merata-rata. Tambahnya lagi, kita hidup di atas bumi yang sama, maka perlulah bersama-sama menjaganya sebaik mungkin. Betul tu!


Walau bagaimanapun, difahamkan kejadian itu terjadi pada 6 Ogos 2013 tetapi Sidoli baru sahaja memuat naik video tersebut baru-baru ini di laman media sosial selepas menjumpai rakaman video itu daripada komputer ribanya yang rosak.




Steady je bro ni tegur. Harap menjadi pengajaran buat semua.

sumber : Coconuts via lobakmerah

No comments:

Post a Comment