info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Thursday, January 4, 2018

PILU! - Bapa Kutip Cebisan Daging Anak Sendiri!


APA agaknya yang dibayangkan oleh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun apabila melihat si bapa mengutip cebisan daging kakaknya sendiri di atas jalan raya.

Kemalangan ngeri itu dikatakan telah berlaku di Jalan Jenderal Sudirman, iaitu di Jalan Poros, Makassar, Wilayah Sulawesi, Indonesia.


Saat ibunya tidak dapat menahan pilu di dada sehingga tidak sedarkan diri, bapanya terus mengutip cebisan daging yang bertaburan itu sambil diperhatikan olehnya dengan penuh kesayuan.

Mangsa dikenali sebagai Dika Puteri, 15, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Al Ishlah dimaklumkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolahnya dan ingin menuju ke tempat berniaga ibu bapanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semalam mengsa sedang menunggang motosikalnya secara perlahan dan secara tiba-tiba sahaja datang sebuah lori yang hilang kawalan lalu merempuhnya.

Niatnya untuk membantu kedua-dua ibu bapanya itu terbantut selepas gadis itu terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri serta mati di tempat kejadian.

Akibat dilanggar dari belakang, gadis itu telah melambung ke hadapan sebelum dia sekali lagi dilanggar oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan jalan itu.

Ibu bapanya, Hana dan Usman tiba di lokasi kejadian dengan penih rasa kepiluan.

Malah, adiknya, Siaa bagaikan tidak percaya bahawa kakak kesayangan yang sering mengajarnya mengaji kini tiada lagi di dunia.

Pihak polis trafik Jalan Polos telah berjaya menahan pemandu lori dan kereta tersebut bagi membantu siasatan mengenai kes kemalangan itu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Maros sebelum diserahkan kepada keluarga pagi tadi untuk dikebumikan.

No comments:

Post a Comment