Pijak Muka Anak Saudara Usia 2 Tahun Akibat Ketagihan! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Thursday, January 25, 2018

Pijak Muka Anak Saudara Usia 2 Tahun Akibat Ketagihan!


SADIS… Padah ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup, seorang lelaki berusia 23 tahun tergamak memijak muka dan memukul anak saudaranya berusia dua tahun 11 bulan.
Menurut media tempatan, mangsa ketika itu sedang tidur dan kemudian mengalami sesak nafas akibat dipijak kuat suspek di sebuah rumah pangsa di Taman Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang lewat Rabu.

Ibu mangsa yang berada di luar rumah terkejut mendengar tangisan dan jeritan bayi lelaki itu sebelum mendapati adik tirinya sedang bertindak kejam memukul dan memijak muka zuriatnya pada pukul 9.15 malam.

Susulan laporan dibuat ibu mangsa, polis berjaya menahan lelaki terbabit di tempat kejadian kira-kira 1.19 pagi Khamis, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Mengulas lebih lanjut, beliau seterusnya berkata, wanita itu terdengar tangisan anaknya dan terkejut melihat adik tirinya memukul serta memijak badan anak lelakinya yang sedang tidur sehingga pernafasan sesak.

“Wanita berkenaan kemudian segera membawa anaknya ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan dan bersyukur apabila dimaklumkan bahawa anaknya itu mujur tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Laporan perubatan mendapati mangsa bengkak di muka dan kini dilaporkan stabil,” kata Noorzainy. Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana berada dalam ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup.

Ujarnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek yang juga penganggur mendapati positif dadah jenis morfin dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

No comments:

Post a Comment