info-info menarik !

Breaking

Friday, January 26, 2018

‘Permintaan’ dari lelaki buat golongan pondan semakin ramai?


Peningkatan golongan pondan dalam masyarakat Malaysia terutama umat Islam sangat membimbangkan. Transeksual atau lebih dikenali sebagai pondan merupakan istilah yang merujuk kepada golongan lelaki yang menyerupai lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita.

Mengapa golongan pondan ini semakin meningkat? Golongan ini meningkat dikatakan berpunca daripada ‘permintaan’ dari lelaki. Disebabkan ramai golongan lelaki mudah terpikat dengan golongan pondan ini.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi tidak menolak punca golongan pondan ini semakin bertambah disebabkan oleh ‘permintaan’ kaum lelaki sendiri.

“Mereka jadi begitu kerana ada ‘permintaan’, kerana ada yang suka, minat dan cinta mereka.

“Kita sebagai lelaki normal sepatutnya tarbiah dan didik mereka menjadi seorang lelaki bukan menggalakkan mereka,” katanya.

Yusuf Azmi, menasihati golongan lelaki untuk muhasabah diri dan tidak mudah terpikat dengan golongan pondan.

Beliau berkata, perkara itu adalah salah di sisi dan manusia sudah dicipta berpasang pasangan. Lelaki terpikat dengan lelaki adalah di luar norma masyarakat.

“Kenapa golongan lelaki boleh terpikat dengan kaum lelaki juga, ini merupakan satu masalah bagi kita.

“Kenapa perlu bernafsu dengan golongan ini?” soalnya.

Bagaimanapun, beliau juga berharap golongan pondan itu melawan ujian yang telah diberikan Allah dan menasihati golongan terbabit untuk mendekatkan diri dengan Allah.

“Cuba dekatkan diri dengan ALLAH, tidak ada perkara yang ALLAH turunkan dalam hidup untuk rosakkan kita.

“Masyarakat tolong beri ruang dan peluang kepada mereka untuk berubah, kita perlu muhasabah diri masing-masing, apa yang berlaku ke atas diri mereka bersebab,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment