info-info menarik !

Breaking

Friday, January 26, 2018

"Penyamun Rogol Dan Makan Mayat!" -


TRAGIK… Sepasang suami isteri telah dibunuh dengan kejam di rumah mereka dan sebahagian daripada daging mereka telah dimakan oleh pembunuh berkenaan.

Bukan itu sahaja, si isteri, Cristina Amaral, 44, telah dirogol di depan suaminya, Juvenal, 57, ketika penjenayah terbabit cuba memaksa mereka memberikan wang yang banyak.

Mayat pasangan berkenaan ditemui ditanam di belakang rumah mereka di Camaçari, Brazil. Beberapa organ Amaral termasuk ovarinya telah hilang.


“Organ dalaman termasuk ovari dan tiub fallopian telah dikeluarkan dari badan mangsa manakala bahagian lain hilang. Tidak diketahui di mana organ itu berada,’’ kata polis.

Selain itu polis juga menemui isu lembut yang dipotong dan dilapah dari tulang mangsa.

“Kita masih menyiasat sama ada ia dilakukan ketika mangsa masih hidup ketika itu,’’ kata polis. Sementara forensik pula mendedahkan Amaral mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia.

“Tangan Amaral telah dipotong ketika dia masih hidup. Suaminya juga diseksa. Pembunuh telah mengelar belakangnya dengan pisau hingga luka itu terbuka.

“Suspek juga mengaku menggantung mangsa sebelum mereka mati dan turut memenggal kepala Amaral,’’ katanya. Polis percaya penjenayah ini mengamalkan amalan kanibalism iaitu makan daging manusia.

Berikutan itu beberapa orang iaitu Daniel Santos Neves, 29, dan Carlos Alberto Neres, 25, telah ditangkap. Tiga remaja berusia 13, 14, dan 16, juga ditahan selepas polis mendapat maklumat.

Mayat suami isteri itu ditemui telah reput dan ditanam di dalam kubur kecil di belakang rumah mereka pada 9 Januari lalu selepas jiran-jiran bimbang dengan kehilangan mereka.

Dalam pada itu, nenek kepada salah seorang mangsa bekerja sebagai pencuci di rumah pasangan tersebut dan dia dikatakan berkongsi mengenai `berita gembira’ mengenai harta mangsa kepada cucunya.

Dia bagaimanapun tidak dikaitkan dengan jenayah ini.

No comments:

Post a Comment