info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 15, 2018

Pengarah dakwa Farid bawa pistol ke lokasi penggambaran


Pengarah drama Uniknya Cinta, Shuhaimi Lua Abdullah mendakwa Datuk Farid Kamil Zahari membawa sepucuk pistol ke lokasi penggambaran ketika suasana kelam kabut semasa insiden pelakon Ridzuan Hashim ditampar. Namun tidak dapat mengenal pasti keaslian pistol itu, lapor Mingguan Malaysia.

Katanya, Farid, 37, tidak membintangi drama tersebut dan mungkin hadir ke lokasi kerana studio itu milik pelakon Sofi Jikan.

"Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang. Tapi tak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia (Farid) tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar. Ekoran itu, penggambaran terpaksa berhenti seketika," katanya. 

Shuhaimi juga mendakwa Farid telah menengking jurukameranya beberapa kali, kemudian memaklumkan dia hanya sekadar 'bergurau' sahaja sebelum beredar. Selain itu, beliau turut mengakui tamparan Farid sangat kuat kerana muka Ridzuan Hashim menjadi merah. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, mengesahkan Farid bukan individu yang tersenarai dalam senarai 300 artis yang berhutang dengan 'ah long'. 

"Semakan mendapati Farid Kamil bukan salah seorang daripada mereka," katanya memetik dari laporan Kosmo! hari ini.  

Farid yang direman selama empat hari sejak Jumaat lalu disiasat di bawah Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

No comments:

Post a Comment