info-info menarik !

Breaking

Monday, January 29, 2018

Pengacara Dikecam Netizen Selepas Dedah Khatam Quran 15 Kali


Disebabkan oleh penampilannya yang seksi, status agama sebenar bekas atlet yang kini sedang berjinak dalam dunia pengacaraan, Nana Al Haleq sering menjadi persoalan netizen. Malah, Nana sendiri tidak menyangka yang akan ada orang bertanyakan mengenai agamanya.

Menerusi laporan akhbar tempatan, Nana tampil menjelaskan yang tidak semestinya oleh sebab dia berpakaian seksi, perangainya juga buruk. Itu kerana, padanya, berpakaian seksi tidak melambangkan sikap seseorang itu.

Lagi pula, Nana turut mengatakan yang siapa tahu disebalik imej seksi yang dibawanya itu, dia rupanya telah khatam al quran sebanyak 15 kali. Namun, disebabkan oleh kenyataanya itu, Nana telah dikecam netizen yang rata-ratanya mempertikaikan apa guna Nana khatam Al-Quran jika tidak mengamalkannya.


Akan tetapi, terdapat juga segelintir netizen yang berasa kagum dengan Nana kerana telah khatam sebanyak 15 kali tetapi masih memilih untuk memakai pakaian seksi, jadi mereka mendoakan suupaya pintu hati Nana terbuka untuk mengamalkan segala ajaran dalam Al-Quran.


Memang benar yang cara berpakaian itu tidak melambangkan sikap seseorang itu, tetapi ia mencerminkan agama seseorang itu. Walaupun perkara seperti itu terpulang pada individu tetapi jika sudah khatam Al-Quran sebanyak itu, pasti akan berasa ‘sesuatu’ untuk mendedahkan aurat.

Mungkin juga jika menutup aurat, agak sukar untuk Nana menyebarkan kepentingan gaya hidup sihat seperti yang dia mahukannya. Apapun, didoakan semoga suatu hari nanti pintu hati Nana terbuka.

No comments:

Post a Comment