info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, January 26, 2018

"Orang sakit pon sempat lagi raba" - Nurse lelaki didakwa mencabul pesakit!


RAKAMAN video menunjukkan kakitangan National Hospital Surabaya memohon mengakui dan memohon maaf daripada pesakit wanita yang dicabulnya kini tular di media sosial Indonesia.

Dalam rakaman itu, pesakit wanita terbabit yang berada di atas katil hospital kedengaran menyoal siasat lelaki terbabit yang didakwa meraba payudaranya ketika menyorong mangsa keluar dari bilik bedah ke wad.

Lelaki berkenaan akhirnya mengakui melakukan perbuatan keji itu dan memohon maaf kepada wanita itu dan anggota keluarganya.

Menurut laporan Tribun News, suami wanita itu, Yudi Wibowo Sukinto, berkata kejadian berlaku Selasa lalu, ketika isterinya disorong keluar dari bilik bedah.

Menurutnya, kakitangan lelaki itu yang dikenali sebagai Junaidi menyorong isterinya yang belum sedar sepenuhnya daripada bius.

“Junaidi berbual dengan isteri saya, termasuk asal dari mana sebelum meraba payudara isteri saya tiga kali.

“Isteri masih tidak berpakaian kerana baru keluar dari bilik bedah. Isteri sedar namun tidak berdaya,” katanya.

Berikutan itu, Yudi membuat laporan kepada pihak polis. Menurutnya, walaupun pelaku sudah memohon maaf namun dia tidak menerima lalu membuat laporan polis.

“Jika maaf diterima, belum tentu kejadian ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Ketua Polis Surabaya, Rudi Setiawan, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan sebelum laporan dibuat selepas kejadian itu tular di media sosial.

Menurutnya, kakitangan lelaki itu masih belum ditahan namun sudah diambil keterangan dan menunggu hasil siasatan lanjut.

Beliau berkata, suspek boleh didakwa dengan tuduhan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

No comments:

Post a Comment