info-info menarik !

Breaking

Wednesday, January 17, 2018

Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo!


MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air.

Antaranya adalah admin blogger popular, Papa Gomo yang sering terkenal dengan dakyah serta artikel kontroversi penuh dengan provokasi.

Baru-baru ini sebelum timbul kekecohan mengenai kontroversi pertemuan Sajat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Papa Gomo pernah menyiarkan sebuah video menyaksikan dia menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu jantina usahawan itu.

Menerusi rakaman perbualan itu, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris mengadu kepada Jamil Khir mengenai tingkah laku Sajat yang menyerupai wanita dianggap semakin melampau dan memberi impak negatif kepada umum.

Susulan itu, Sajat pada Selasa meluahkan rasa kecewa berhubung hal itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Sajat mendakwa Papa Gomo kerap kali menghantar direct massage kepadanya di Instagram dan meninggalkan komen di laman sosial namun tidak pernah dilayan oleh beliau.

Tambah Sajat, Papa Gomo turut pernah mengajak beliau menghadiri perasmian pembukaan gimnasium lelaki itu yang dijangka pada 21 Januari ini. Namun, sekali lagi komen itu tidak dihiraukan oleh Sajat.


Maaf,pagi ini saya banyak dapat call and msg dari sahabat saya,mak ayah saya,dan rakan2 business saya.. di sini saya nak menyatakan,saya tak kenal siapa SIR AZRI dan saya tak tahu dia ini siapa..tetapi saya perasan dia rajin komen2 pic saya kat ig.. tapi dalam FB,dia kutuk2 saya...saya tak faham apa masalah mamat ini.. dia ada menjemput saya pergi ke PEMBUKAAN GYM BELIAU... tetapi satu patah perkataan pun saya tak membalas... saya tak faham lah orang melayu ini yang bername sir azri.. encik,saya tahu apa yang awak cuba buat ini...sebab nya berunsulkan sakit hati.. segala komen awak kat ig saya,tak pernah saya nak membalas.. malah awak jemput saya pergi pembukaan gym awak pun,saya tak comment apa apa.. ADAKAH CARA AWAK NAK VIRAL KAN SAYA INI ,bersifat kan dendam??? Dan boleh saya tahu apa yang awak berdendam dengan saya?? Adakah kita berniaga perniagaan yang sama?atau awak tak boleh tengok orang melayu berjaya??Di sebab kan saya tak melayan segala komen2 awak,awak terus nak hina saya dan mengata pasal saya,dan sesuka hati nak fitnah saya itu dan ini encik azri!!!...saya masih ada lagi mak ayah.. jangan sesuka hati nak ambil tindakan dan mencuba nak mencari publish murahan, kerana saya tahu niat Awak sebenar nya nak kan orang tahu yang awak ada buka GYM !!!Yes!!! Cara Awak memang kotor yer ENCIK AZRI!!! Negara kita ada undang2..saya dah ulaskan hal ini pada pihak berwajib.. saya pun ada membuat tindakan..kerana perkara ini awak yang memulakan dahulu..saya tak kenal awak,dan awak tak kenal saya.. for me Awak ini nak kan perhatian!!! Perhatian business baru awak (pembukaan GYM 21/1/2018...bagus betul target awak..takpe lah encik azri..saya harap tindakan yang encik cuba buat itu,adalah satu tindakan DENDAM PERASAAN..kerana saya tak melayan komen awak..(kena rejected) tq.....apa apa pun...good morning ☀️🌞☀️
A post shared by NUR SAJAT COACHYIN (@nursajat02) on

Bagi membuktikan Sajat tidak berbohong mengenai perkara tersebut, beliau kemudiannya memuat naik sekeping lagi gambar memaparkan tangkap layar menyaksikan perbualan antara dirinya dan lelaki berkenaan.

Menurut Sajat, beliau tidak menolak besar kemungkinan ‘serangan’ yang dibuat oleh Papa Gomo itu berpunca daripada sakit hati kerana Sajat tidak pernah membalas mahupun melayan mesej lelaki berkenaan.

Katanya lagi, sekiranya ‘serangan’ itu satu satu daripada taktik mahu melariskan perniagaan, Sajat beranggapan ia adalah cara kotor selain menegaskan bahawa beliau telah menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.



A post shared by NUR SAJAT COACHYIN (@nursajat02) on

Tidak semena-mena, entri-entri tersebut telah menarik perhatian Papa Gomo sekali lagi untuk membalas kenyataan Sajat itu menerusi sebuah rakaman terbarunya.

Dalam video tersebut, Papa Gomo mengakui tindakannya menghubungi Jamil Khir selain menyokong inisiatif JAKIM untuk berjumpa Sajat berhubung isu jantina.

Seterusnya, Papagomo dilihat menyelar kenyataan Sajat yang mendakwa ‘serangan’ itu dibuat bagi mempromosi gimnya yang baru buka.

Menerusi rakaman itu juga, Papa Gomo turut menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah dengki dengan kejayaan yang diraih oleh Sajat.

Sebaliknya Papa Gomo marah akan sikap Sajat yang menipu orang ramai dengan menyatakan dirinya sebagai seorang wanita kerana tindakan itu seolah-olah menjatuhkan martabat wanita sebenar.

Rentetan ‘jalan cerita’ ini berkemungkinan besar menjadi titik tolak dan asbab kepada pertemuan secara tertutup antara pihak JAKIM dengan Nur Sajat pada Selasa petang. 

No comments:

Post a Comment