info-info menarik !

Breaking

Saturday, January 6, 2018

Niat mulia seorang ibu tunggal menjual Nasi Ayam Panggang RM1, kini mendapat sambutan hangat daripada orang Kedah!




Tular di Kedah apabila seorang ibu tunggal membuka perniagaan menjual nasi ayam panggang dengan harga RM1 sahaja! Murahnya!

Menurut laporan oleh NST, wanita berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Surayani Mohd Nasir ini memulakan perniagaan berkenaan dengan niat untuk melakukan amal jariah kepada golongan yang berpendapatan rendah sepertinya.

Katanya, harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan perniagaan ini adalah salah satu caranya untuk meringankan beban orang lain.

“Pengalaman sebagai ibu tunggal mengajar berjimat cermat dan turut mahu membantu masyarakat supaya dapat membeli makanan dengan harga murah dan mengenyangkan di mana sedikit sebanyak dapat mengatasi kos kenaikan sara hidup yang semakin menghimpit.”

Setiap hari, Surayani memerlukan kira-kira 100 kg beras untuk dimasak dan 100 ekor ayam untuk dipanggang bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang semakin hari semakin bertambah.


Resipi nasi ayam panggang ini adalah resipi daripada datuknya yang telah berniaga di pasar malam Sungai Petani sejak lebih daripada 20 tahun.

Tambah Surayani lagi, walaupun menawarkan harga yang murah, tahap kebersihan dan kualiti makanannya tetap terjamin.

Walaupun baru dua minggu menjalankan perniagaan, Surayani ternyata amat terkejut dan bersyukur pada masa yang sama dengan sambutan hangat daripada orang ramai yang berkunjung ke gerainya.

Rata-rata pelanggannya adalah penduduk setempat dan juga pengunjung dari daerah utara.

Surayani turut memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika tidak mampu menjana keuntungan yang banyak asalkan dia mampu membesarkan anak-anaknya dengan penuh keberkatan.


“Sempena tahun baru ini, saya mahu mencuba sesuatu yang baru dan saya mengambil tempoh dua minggu untuk membuat percubaan bagi mula menjual nasi ayam panggang berkenaan pada tahun ini,” kata Surayani.

Bagi anda yang terdorong untuk mencuba nasi ayam panggang RM1 ini, silalah membuat perjalanan ke Bedong, kira-kira 12km dari utara Sungai Petani. Gerai ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Sumber: Harian Metro dan NST

No comments:

Post a Comment