info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 15, 2018

Netizen Kagum Anak Kecil Nekad Bantu Rakyat Palestin Dengan Pos Derma RM4


Peperangan yang berlaku di Palestin seringkali mendapat liputan meluas dunia.

Banyak pihak bertungkus lumus menghantarkan bantuan dan pertolongan kepada golongan memerlukan ini. Pun begitu, bantuan daripada seorang anak kecil di Indonesia ini menarik perhatian ramai netizen.

Menurut Coconuts, seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Naurah telah mendapat perhatian ramai apabila terdapat satu laman Instagram menyiarkan kandungan surat yang dikirimkannya kepada saudara-saudara seagama di Palestin.

Menerusi laman Instagram, organisasi amal Indonesia dikenali sebagai Aksi Cepat Tangkap (ACT) telah memuat naik dua keping gambar menunjukkan derma yang diterima dari seorang kanak-kanak bagi membantu rakyat Palestin.


Apa yang luar biasa dengan bantuan diberikan, derma yang dihulurkan hanya bernilai IRD15,000 (bersamaan RM4.45) sahaja dan didatangkan bersama sekeping surat bertulis tangan.


“Maaf ya beri sedikit sahaja, tak ada ATM. Saya nak hantar, tapi saya mahu beri kepada Palestin, tapi saya tak tahu kat mana nak hantar.”




“Saya nampak ACT ada alamat. Disebabkan terlalu jauh, saya poskan saja. Saya minta maaf kalau jumlahnya terlalu sikit, tapi saya harap ia dapat membantu,” kata kanak-kanak perempuan tersebut.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak tersebut turut menyertakan satu lukisan menunjukkan bendera Palestin dan Indonesia yang dilukis bersebelahan sambil terdapat gambar beberapa orang sukarelawan sedang membantu rakyat Palestin.


“Isu Palestin telah melibatkan ramai orang tidak kira umur, bangsa dan kerjaya. Ia telah jadi sebahagian daripada kehidupan seseorang. Bukan jumlah (derma) yang penting, tapi lihatkan kanak-kanak pun terdorong untuk bertindak,” kata Iqbal Setyarso, Timbalan Ketua Jabatan Komunikasi ACT.




Rata-rata netizen kagum dengan tindakan kanak-kanak perempuan tersebut yang mempunyai kesedaran dan sikap prihatin yang tinggi walaupun masih kecil.

“Jangan dinilai wangnya, tapi niatnya untuk bantu saudara-saudara di Palestin.”


“(Kita) kalah dengan anak kecil.”


Salute buat adik Naurah. Respect.


“Semoga kamu membesar jadi wanita solehah yang berguna kepada masyarakat.”


Wah! Bagusnya adik ni! Kecil-kecil lagi dah pandai menderma dan penuh dengan sikap yang positif.



Sumber : Coconuts via lobakmerah

No comments:

Post a Comment