info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, January 19, 2018

"Murid Kutip Sisa Makanan Kerana Lapar! - Ibu bekal kurma dan kismis sahaja ke sekolah!


Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat sangat penting bagi tumbesaran anak-anak yang masih muda dan belajar di bangku sekolah. 

Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan kesihatan anak-anak, anda pasti mahukan mereka mengambil makanan yang sihat dan mampu beri rangsangan kepada otak dengan baik.


Pun begitu, kisah yang diceritakan Aida Puan Sri Squeq di Facebook baru-baru ini agak menyayat hati. Menjaga pemakanan anak-anak itu bagus, namun wajarkah seorang murid memakan hanya tiga biji kurma dan beberapa biji kismis sewaktu rehat di sekolah?


Akibat terlalu lapar, murid tersebut itu juga dikatakan telah mengutip sisa-sisa makanan rakannya. Eh biar betul ni?



Gambar Hiasan
Berikut apa yang ditulis Aida:

“Dah dua hari saya perhatikan seorang murid tahun dua ini. Hari pertama saya nampak dia kutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawan yang ditinggalkan dan dia makan. Semalam dia menangis sambil makan bekalan dari ibunya. Tiga biji kurma dan beberapa biji kismis.


“Saya perhatikan bila dia buka bekal terpacul daripada mulutnya ‘sikit jer’ dan dia terus menangis! Saya cuba hampiri dia, tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ menarik tangan saya,” ceritanya.



Gambar Hiasan
Apa yang lebih mengejutkan Aida ialah ustazah yang menahannya tadi mengatakan murid tersebut memang begitu perangainya. Ibu kepada murid itu tidak membenarkan makanan lain selain daripada bekalan yang diberi dari rumah kepada anaknya. Malah duit belanja pun tidak pernah diberi kepada murid tersebut. Aduhai…

“Sebab tu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan yang tinggal di bekas makanan yang kawan-kawan dia beli. Kalau awak bagi nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia,” jelas ustazah tersebut.


Susulan entri tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka akan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dikatakan kedekut dan pemalas kerana sanggup melihat anak berlapar dengan memberi makan kurma dan kismis sahaja.




Walau bagaimanapun, ada pula segelintir netizen yang merasakan entri yang ditulis ini seakan-akan rekaan semata-mata dan tidak mungkin ada ibu bapa yang sanggup melakukan perkara tersebut kepada anak mereka.

Aida pantas menyangkal dakwaan netizen tersebut dan menjelaskan bahawa pihak sekolah sudah pun mengetahui masalah pelajar tersebut dan memaklumkan kepada ibunya. Namun teguran sekolah dibalas negatif oleh ibu murid itu.




Apa-apapun, diharapkan orang ramai janganlah cepat menghukum penulis entri atau ibu murid tersebut. Kita juga tidak mengetahui apa masalah yang sedang dilalui murid tersebut dan ibu bapanya.

Pun begitu, adalah lebih baik jikalau anak-anak diberikan makanan yang mengenyangkan supaya mereka boleh lebih fokus semasa belajar di dalam kelas.


Budak-budak mana yang tak teringin makan makanan yang sedap kan? Kalau barangan seperti Smiggle pun boleh jadi isu, inikan pula hal seperti makanan yang jauh lebih penting.


Sumber: Aida Puan Sri Squeq via lobakmerah

No comments:

Post a Comment