info-info menarik !

Breaking

Friday, January 19, 2018

"Mudah terpengaruh" - Dr ini kecewa dan kesal dengan sikap peniaga buat iklan lucah dan menjatuhkan maruah wanita!

Gambar Hiasan
Tindakan sesetengah penjual produk kecantikan dan kesihatan menjual produk dalaman wanita dengan menggunakan iklan berunsur lucah telah mendapat perhatian netizen.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan apabila wanita lain tanpa segan silu mahu melariskan produk yang dijual dengan menceritakan hal dalaman wanita.

Harga dan maruah seorang wanita itu diletakkan di tempat yang tinggi tetapi disebabkan untuk melariskan produk, ramai peniaga sanggup menggunakan iklan berunsur lucah sehingga menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Iklan produk kecantikan dan kesihatan berunsur lucah ini juga dilihat semakin berleluasa kerana ramai wanita Malaysia yang mudah terpengaruh dengan iklan seperti itu. Jika tidak terdapat pembeli, masakan penjual semakin banyak melakukan iklan berunsur lucah terbabit.

Seorang Doktor, Dr. Rusyainie Ramli mengakui berada kecewa dan kesal dengan sikap segelintir peniaga yang sanggup membuat iklan berunsur lucah dan menjatuhkan maruah wanita untuk menarik perhatian pengguna.


Walaupun sudah berada pada tahun 2018 tetapi sikap sesetengah pihak masih lagi di takuk yang lama. Wanita meletakkan diri mereka dengan kehebatan di ranjang, jika tidak mempunyai faraj ketat, punggung montok, tegang payudara, putih kulitnya wanita akan ditinggalkan dan tidak dihargai.

Sedangkan kemampuan wanita lebih pada itu dari segi pendidikan dan juga kerjaya. Malah, wanita kini sudah menjawat posisi tinggi dalam satu organisasi tidak jauh berbeza dengan lelaki.

Tetapi, disebabkan wanita sering ditakutkan dengan kekurangan fizikal yang sengaja direka-reka untuk melariskan produk berunsur lucah, sampaikan ada wanita yang takut untuk mendirikan rumah tangga jika tidak memakan jamu untuk tegangkan payudara kerana risau suaminya akan memandang ‘jelek’ padanya.

Antara iklan lucah yang sering menjatuhkan maruah wanita di khalayak awam seperti, “Cikpap lebam hitam dan kekeringan? Bau cikpap pun dah macam karipap basi, yang penting waktu mengayuh pun tak sakit lagi Adududu umpama sotong kurita menyedut nyedut.”


Di mana maruah seorang wanita sehinggakan cerita dalam selimut dengan suami isteri pun sanggup dibuat untuk menjadi iklan menarik minat pengguna? Bukan itu sahaja, disebabkan iklan seperti ini juga menggambarkan perkahwinan ini hanya semata-mata kerana seks.

Sebagai umat Islam sendiri kita mempunyai batasan dalam setiap perkara yang dilakukan. Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Malah, Al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dengan nama surah An-Nisa yang membawa maksud wanita.

Ditegaskan oleh firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya”.

Namun, wanita kini dengan ‘bangga’ boleh menceritakan tentang ‘kemaluan’ mereka secara umum di khalayak ramai. Tidak salah untuk berniaga nabi S.A.W bersabda 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan.

Tetapi, berniagalah secara bijak dan bersopan. Walaupun anda peniaga produk dalaman wanita itu bukanlah ‘lesen’ membenarkan anda membuat iklan berunsur lucah.

No comments:

Post a Comment