info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 29, 2018

Mendengar bunyi ganjil di bawah tanah, wanita ini kemudian segera menghubungi bomba dan siapa sangka mereka telah menemui sesuatu yang amat penting!


Bagi yang memiliki haiwan kesayangan pasti tahu betapa sedihnya jika haiwan kesayangan tiba-tiba hilang tanpa jejak.

Itulah yang dirasai oleh Gina Kaiser dari Boveney Lock di Dorney, Buckinghamshire. Dia menjadi sangat sedih apabila haiwan kesayangannya, Lulu, tiba-tiba hilang dan tidak dapat ditemui.

Selama beberapa hari, dia dengan sedih telah mencari sambil memanggil-manggil nama Lulu dengan berharap agar Lulu dapat dtemui.

Suatu hari ketika dia mencari Lulu dia terdengar akan suara anjing berada di bawah kakinya. Rupa-rupanya Lulu terperangkap di bawah tanah!




Ahli bomba kemudiannya perlu berjalan masuk ke dalam longkang yang telah digali.


Salah seorang daripada mereka menyelusuri paip bawah tanah yang sempit untuk mendapatkan anak anjing yang terperangkap itu.



Selepas operasi selama enam jam itu dilakukan mereka akhirnya berjaya menemukan anak anjing itu dan segera diserahkan kepada tuannya, Gina.

Gina sendiri tidak tahu bagaimana Lulu boleh terperangkap di dalam paip itu, tetapi dia sangat gembira kerana haiwan kesayangannya masih hidup dan tidak cedera, walaupun selepas lima hari hilang.



Pengurus pasukan penyelamat gembira kerana pencarian Gina telah berakhir.

No comments:

Post a Comment