Mat Motor ‘Drive Thru’ Raba Buah Dada - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Sunday, January 14, 2018

Mat Motor ‘Drive Thru’ Raba Buah Dada


SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) muncul dalam talian menunjukkan seorang wanita yang sedang berjalan kaki di bandar Depok, Jakarta, tiba-tiba diraba buah dadanya oleh seorang penunggang motosikal yang kemudian melarikan diri.

Menurut mangsa yang berusia 22 tahun, kejadian itu berlaku pada jam 2:29 petang di Jalan Kuningan Datuk, lorong sempit di jalan utama bandaraya Jalan Margonda Raya.

Dia telah melaporkan gangguan itu kepada polis dan berharap video itu boleh disebarkan supaya penjenayah terbabit dapat ditangkap.

Dia juga telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal itu.

Polis Kota Depok berkata mangsa memfailkan aduan rasmi pada Khamis dan siasatan telah dijalankan.

"Kami akan mengumpulkan bukti untuk memburu pelakunya," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Depok Putu Kholis Aryana, seperti yang dipetik oleh Kompas.

Seorang penulis tamu di Coconuts yang juga aktivis hak asasi wanita yang tinggal di Jakarta, tahun lepas telah menulis tentang satu eksperiman sosial di mana dia 13 kali mengalami gangguan seksual dari rumahnya ke pusat membeli-belah yang tidak jauh jaraknya.

Hasilnya memberi inspirasi kepada ramai wanita di ibu negara itu untuk berkongsi pengalaman yang sama, menunjukkan bahawa mereka berdepan risiko setiap kali keluar ke tempat terbuka setiap hari, tidak kira bagaimanapun pemakaian atau penampilan mereka.


sumber : mstar

No comments:

Post a Comment