info-info menarik !

Breaking

Sunday, January 28, 2018

Maria Ozawa Dikecam, Bergambar Dengan Bendera


NAMA Maria Ozawa mungkin tidak asing bagi sesetengah masyarakat khasnya ‘lelaki miang’ di dunia ini kerana dia lebih dikenali dengan imej seksi terlampaunya itu.

Bagaimanapun, wanita berwajah comel yang berusia 32 tahun itu sudah lama bersara daripada industri perfileman dewasa atau lebih dikenali sebagai model porno.

Kini dia sedang menjalani kehidupan yang biasa seperti wanita yang lain dan dalam masa yang sama, wanita kacukan Jepun-Kanada itu juga sudah menjadi model sepenuh masa.

Namun, namanya sekali lagi disebut-sebut dekat negara seberang iaitu Indonesia selepas dia memuat naik beberapa keping gambar ketika sesi fotografi dijalankan.


Maria kelihatan hanya memakai jersi pasukan bola sepak Indonesia bersama seluar pendek yang sekadar menutup punggung montoknya sahaja.

Selain itu, dia turut anggun memakai baju T yang juga bertemakan Piala Dunia FIFA 2018 sambil memegang bendera Indonesia dan China.



Perbuatan bersahaja Maria itu telah menerima kritikan daripada penduduk Indonesia serta beberapa kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

Mereka seperti mengkritik kerjaya silamnya dan ‘teguran’ yang diberikan juga agak kasar sambil ada pula tidak dapat menerima kenyataan bahawa wanita itu telah memakai jersi negara tersebut.

Sedih dengan kejadian itu, Maria telah memuat naik satu quote yang menunjukkan bahawa dia berasa sangat kecewa dengan sikap segelintir netizen terhadap dirinya yang kini.


“Jangan hanya menilai apa yang kamu lihat di media sosial. ‘Saya sedih’ kerana ramai yang menilai saya di ruangan komen,” tulisnya.

Sebelum ini, Maria pernah berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lalu dan postingnya di akaun Instagram miliknya telah membuatkan ramai kaum lelaki ‘teruja’ dengan kedatangan bekas aktres pornografi itu. 

No comments:

Post a Comment