info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, January 19, 2018

'Lebih baik kami perkosa dia daripada lelaki gila'!


IBU bapa durjana ini sanggup merogol dan menjadikan anak perempuan mereka yang berusia 12 tahun sebagai hamba seks. Alasan paling bodoh yang diberikan kepada polis ialah ‘lebih baik kami (rogol) daripada orang gila’.

Pasangan itu yang menetap di Rusia berusia 34 tahun dan kini didakwa sebagai paedophilia di mahkamah. Jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 12 tahun.

Budak perempuan itu menjadi mangsa penderaan seks itu sejak Disember 2016 hingga Mac tahun lepas.

Budak itu juga dipaksa tidur bersama ibu bapanya dan si ibu mengaku anaknya itu dipaksa mengambil bahagian dalam hubungan seks bersama mereka.

Manakala ibunya pula didakwa melakukan penderaan seksual terhadap anaknya dengan menggunakan `alat sulit lelaki yang palsu’.

Susulan pendakwaan itu, kedua-duanya telah dilucut hak penjagaan anak dan ini bermakna mereka tidak boleh memelihara anak mereka lagi.

Dalam pada itu, wanita itu memberitahu dia sendiri dirogol ketika berusia 13 tahun maka dia dan suaminya bersetuju untuk melatih anak perempuan mereka menjalani kehidupan dewasa.

Pasangan suami isteri itu juga bersetuju lebih baik anak mereka hilang dara pada bapanya sendiri daripada orang gila lain.

Kes itu terdedah selepas budak itu mendapatkan rawatan doktor akibat masalah haid. Di situ, doktor mengetahui budak itu bukan dara lagi. Dia juga memberitahu mengenai penderaan seks yang dialaminya itu.

Nenek dan moyang budak itu menetap di flat yang sama namun tidak mengetahui apa yang berlaku kepada cucu mereka.

Sumber : dailymail

No comments:

Post a Comment