info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, January 5, 2018

Kutuk Lelaki Melayu, Wanita Ini Teruk Dikritik Netizen


BAHANA kelancangannya berbicara melalui satu kemas kini di Twitter, wanita ini mengundang kritikan netizen yang rata-rata tidak puas hati dengan tindakan tersebut.

Menerusi tweet tersebut, wanita yang dikenali sebagai Sarahaljayy ini dilihat memuat naik satu kenyataan yang seolah-olah menghina ciptaan Tuhan.

“Lelaki Melayu takde langsung yang hensem,” tulisnya menerusi tweet berkenaan.

Kenyataan tersebut secara tidak langsung mengundang kecaman dan juga memberi ‘tamparan’ hebat kepada netizen terutamanya lelaki Melayu.


Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat wanita itu sengaja mencari publisiti murahan untuk menambah pengikut di laman berkenaan.

“Lebih kepada tweet mencari publisiti murahan. Kepada owner thread, maaf abang nak tegur sikit ya dik.  Bukan kerja awak nak menentukan hensem tak hensem, cantik tak cantik.

“Kalau awak minat yang K-Pop, pergilah cari K-Pop. Itu pun kalau mereka nak kat awak. Tapi jangan sampai menghina ciptaan Allah,”  komen @Hirzi Fauzan.

Maaf kalau terasa… Hmm nak cakap sikit ni… Awak antara wanita Melayu tak lawa langsung dasar ketiak hitam acah-acah publisiti murahan… Hmm maaf kalau triggered sorry again makcik,” kata @bangnas96.

Meskipun teruk dikecam oleh netizen namun wanita ini sama sekali tidak mahu mengambil pusing dan tidak mahu melatah berkaitan perkara ini. Sebaliknya, dia menyalahkan orang ramai yang tiba-tiba ‘terasa hati’ sendiri.


“Dangg, man. Memang kalau tengok yang triggered semua muka macam terompah kulat,” tulisnya lagi selepas kenyataan itu mendapat perhatian ramai.

Posting wanita itu yang mendapat perhatian ramai itu sehingga kini telah menerima lebih daripada 600 likes dan 100 komen daripada pengguna laman tersebut.
sumber : mynewshub

No comments:

Post a Comment