info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, January 6, 2018

Kuasa Media Sosial! - Penjual Buah Cari Pemilik Dompet Berisi RM3,000!


Kuasa laman sosial memang tidak dapat dinafikan lagi. Selalunya kita dengar kisah individu menjadi terkenal dengan kuasa tular media sosial. Bukan itu sahaja, media sosial juga boleh menjadi platform untuk membantu mereka yang tidak kita kenali.

Ini dibuktikan oleh seorang lelaki penjual buah yang menggunakan laman Facebook untuk membantu mengembalikan barang kepunyaan insan yang tidak dikenalinya.

Terjumpa sebuah dompet di belakang gerai buah miliknya, lelaki dikenali sebagai Abdul Jalil Lazim tidak berlengah untuk menggunakan media sosial bagi mencari pemilik dompet tersebut, lapor Harian Metro .



Jalil dikatakan terjumpa dompet tersebut sewaktu dia sedang bekerja dan melayan pelanggan di gerai buah miliknya yang terletak di Pantai Remis, Selangor.

Dengan niat mahu memeriksa dompet tersebut untuk mengembalikannya, Jalil terkejut apabila mendapati terdapat wang berjumlah lebih RM3000 di dalamnya!


“Saya jumpa dompet dan buka ada duit banyak. Sudah pasti wang itu amat diperlukan pemiliknya,” kata Jalil.

Nekad mahu memulangkan dompet tersebut namun tidak tahu siapa pemiliknya, Jalil memuat naik sebuah video sebelum dimuat naik di laman Facebook miliknya.



Baru sahaja satu jam memuat naik video tersebut, pemilik dompet berkenaan yang dikenali sebagai Mazlina Yusoff datang menemui Jalil untuk mendapatkan barangannya. Mazlina memberitahu bahawa dia langsung tidak sedar bahawa dompetnya telah hilang jika tidak kerana dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang melihat entri Jalil di laman sosial.


“Duit dalam dompet itu untuk perbelanjaan anak sekolah. Saya dan isteri panik, malah berasa peluang untuk jumpa semula dompet itu tipis kerana banyak wang dalam beg itu sekitar RM3,000.

Nasib baik jumpa semula dan peniaga itu jujur,” kata suami Mazlina.


Jalil begitu gembira kerana berjaya memulangkan dompet tersebut kepada pemiliknya dan mendakwa hatinya pasti tidak akan tenang jika tidak berjumpa semula dengan pemilik dompet. Lelaki jujur ini berterima kasih kepada rakyat Malaysia prihatin yang sudi membantunya di laman sosial.

Waaah! Bagusnya pakcik ni usaha bersungguh-sungguh nak pulangkan hak milik orang lain. Semoga Jalil dimurahkan rezeki di masa akan datang!

sumbe : lobakmerah

No comments:

Post a Comment