info-info menarik !

Breaking

Saturday, January 6, 2018

Kenapa Ada Orang Sesetengah Digigit Nyamuk Lagi Banyak Berbanding Orang Lain? Ini Sebabnya..


Adakah anda seorang yang selalu menjadi mangsa digigit nyamuk? Sedangkan orang lain pula dengan tenang dan pula tidak terasa digigit oleh nyamuk.

Menurut satu kajian, telah membuktikan bahawa nyamuk memang ada kecenderungan yang tertentu dalam memilih mangsanya.

Menurut laporan dari WebMD, seorang profesor dari Universiti Florida, Jerry Butler telah menyatakan bahawa “1 daripada 10 orang menarik perhatian nyamuk”.

Untuk pengetahuan anda juga, nyamuk menghisap darah bukanlah sebagai makanan. Malahan, hanya nyamuk betina sahaja yang akan menggigit manusia kerana mereka memerlukan sumber protein dari darah manusia untuk membenihkan telur serta menghasilkan lebih banyak anak.

85% kemungkinan kita akan digigit oleh nyamuk adalah disebabkan oleh faktor genetik.

Di bawah ini ada senarai perkara atau ciri-ciri istimewa yang boleh buat anda jadi ‘magnet nyamuk’.

Darah jenis O


Kenapa Ada Orang Banyak Kena Gigit Nyamuk Berbanding Orang Lain? Ini Penjelasannya

Satu kajian telah mendapati bahawa mereka yang berdarah jenis O adalah 83% lebih cenderung untuk digigit nyamuk. Manakala mereka yang berdarah jenis A mempunyai kecenderungan yang paling rendah, dan bagi yang berdarah jenis B pula mereka berada dalam kategori pertengahan. Boleh jadi cenderung untuk digigit dan mungkin juga kurang.

Selain itu, 85% orang yang menghasilkan rembesan yang boleh menunjukkan jenis darah mereka juga biasanya akan menjadi mangsa gigitan nyamuk, tanpa mengira jenis darah.

Saiz badan yang besar


Nyamuk juga lebih sukakan mereka yang dewasa berbanding kanak-kanak kerana mereka ini lebih kerap menghembus nafas dan mengeluarkan karbon dioksida. Berbanding wanita, lelaki juga lebih cenderung untuk digigit nyamuk, sama seperti mereka yang obesiti atau lebih berat badan disebabkan saiz badan serta suhu badan.

Wanita mengandung


Merujuk kepada satu kajian yang telah dijalankan di Afrika, wanita mengandung adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk menjadi mangsa nyamuk berbanding wanita yang tidak mengandung. Ini kerana wanita hamil lebih banyak menghasilkan CO2. Bukan itu sahaja, kajian pada tahun 2002 juga menunjukkan bahawa wanita yang mengandung pada hujung trimester akan melepaskan 21% lebih CO2 berbanding wanita biasa, yang mana menjadikan mereka lebih terdedah untuk menjadi target kepada nyamuk.

Melakukan aktiviti fizikal


Nyamuk tertarik kepada asid laktid iaitu bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan selepas anda berpeluh. Oleh itu, anda akan lebih terdedah untuk digigit nyamuk sekiranya anda baru sahaja selesai berlari ataupun workout di gim.

Selain itu, anda juga akan mengalami peningkatan suhu badan disebabkan oleh kadar metabolik yang meningkat selepas bersukan atau melakukan aktiviti lasak. Secara tidak langsung, ianya akan menjadikan nyamuk lebih tertarik kepada anda.

Anda baru mengambil segelas beer atau wine


Pengambilan alkohol juga akan meningkatkan kadar metabolik serta suhu badan yang mana akan menjadikan nyamuk lebih tertarik kepada anda.

Memakai baju berwarna merah atau warna gelap


Selain dari bau, nyamuk juga mencari mangsa berdasarkan penglihatan mereka. Warna merah akan menjadikan anda sebagai mangsa utama, sama seperti warna-warna gelap seperti hitam dan biru.

Dr. Jonathan Day, entomologis dan pakar nyamuk dari Universiti Florida menjelaskan, “nyamuk mengalami masalah untuk terbang dalam keadaan yang berangin walaupun sedikit, jadi mereka akan terbang dalam ketinggian yang rendah. Dengan itu, mereka mengesan mangsa dengan membuat perbandingan warna pakaian. Warna gelap akan kelihatan menyerlah, manakala warna cerah seakan-akan senada.”

Beberapa elemen dalam badan yang menjadikan anda ‘magnet nyamuk’


Mereka yang menghasilkan lebihan asid di dalam badan (contohnya asid laktik, asid urik) dan/atau mempunyai konsentrasi steroid dan kolesterol yang tinggi pada permukaan kulit akan lebih menarik perhatian nyamuk. Namun ini bukanlah bermakna nyamuk hanya target mereka yang berkolesterol tinggi, tetapi mereka ini secara naturalnya memproses kolesterol dengan lebih cepat berbanding yang lain, menghasilkan bahan sampingan pada permukaan kulit.

Bagi mereka yang jarang digigit oleh nyamuk, satu kajian yang dijalankan oleh London School of Hygiene & Tropical Medicine menyatakan bahawa mereka ini mempunyai “bau yang berbeza bagi nyamuk” seolah-olah mereka menghasilkan ‘penghalau semulajadi’. Untunglah.

Jadi berdasarkan senarai di atas, adakah anda berada dalam kalangan ‘magnet nyamuk’ ini?

Sumber: aliffchannel

No comments:

Post a Comment