info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, January 5, 2018

KANTOI! - Abang ajar adik isap syabu dalam rumah!


Seperti yang sering disaksikan dalam berita tempatan, individu yang ketagihan dadah selalunya memilih untuk melepaskan gian mereka di tempat sunyi dan terpencil. Keadaan ruang malap dan tidak bersih, penagih dadah lebih selesa untuk melakukan kegiatan mereka di tempat seperti itu tanpa kehadiran sesiapa melainkan rakan-rakan penagih.

Lain pula dengan kisah yang berlaku di Kampung Rambutan Padang Terap ini apabila seorang lelaki telah ditangkap kerana menagih dadah di rumah keluarganya, lapor Harian Metro. Perbuatan terkutuk lelaki tersebut terbongkar apabila dia ditahan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap semalam.



“Kita menyerbu lima rumah yang disyaki dijadikan lokasi melepaskan gian dadah hasil aduan orang awam, melalui ops bermula jam 11 malam hingga 4.30 pagi itu, dengan 10 disyaki penagih yang ditahan kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah dan menganggur,” kata Ketua Pegawai AADK Padang Terap Zainal Abidin.

Lelaki berusia 23 tahun tersebut ditangkap bersama dua orang adiknya berusia 15 dan 19 tahun dalam operasi yang dilakukan selepas menerima aduan orang awam. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut tergamak mengajar adik-adiknya untuk turut menghisap dadah sejak tiga tahun yang lalu.



“Serbuan dijalankan di Kampung Rambutan begitu mengejutkan apabila kita menahan seorang lelaki yang tergamak mengajar dua adik perempuannya menghisap syabu.”

“Hasil siasatan kita dapati lelaki itu tidak bekerja dan dia bersama dua adiknya dikatakan sudah tiga tahun terbabit dalam penagihan dadah.”

Mengulas tentang kes penangkapan penagih dadah membabitkan tiga beradik tersebut, Ketua Pegawai AADK Padang Terap itu memberitahu bahawa ibu bapa tiga beradik tersebut berada di rumah sewaktu serbuan dibuat. Mak ayah ada pun selamba je buat onar…




“Mereka tinggal di rumah ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh getah, malah remaja perempuan berusia 15 tahun itu juga sudah tidak bersekolah,” kata Zainal lagi.

Tiga beradik itu bersama tujuh penagih lain yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Padang Terap untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Tergamaknya si abang ajar adik-adik sendiri hisap dadah! Abang jenis apa ni!

No comments:

Post a Comment