info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, January 28, 2018

JELIK! Bunuh pelacur, mayat dihancurkan sebelum dijual kepada pelanggan!


SEORANG pembunuh bersiri mendedahkan dia sebenarnya mahu membunuh seorang lagi pelacur bagi menjadikan jumlah mangsanya 50 orang, namun tidak kesampaian selepas ditangkap polis.

Penjenayah berkenaan, Robert Pickton, 68, kini dipenjarakan seumur hidup di British Columbia.

Selepas membunuh 49 wanita itu, mayat mereka dihancurkan sebelum dijual kepada pelanggan termasuk anggota polis sebagai daging babi hancur.

Dia yang juga penternak babi itu telah ditahan pada 2002. Robert membuat pendedahan itu kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai banduan yang ditempatkan sebilik dengannya.

Meskipun mendapat maklumat mengenai lelaki itu, namun polis Kanada gagal mendapatkan bukti yang kukuh untuk mendakwanya atas pembunuhan 49 wanita tersebut sebaliknya dia hanya dihukum bagi kesalahan membunuh enam wanita sahaja.

Robert ditangkap selepas polis menemui barangan kepunyaan mangsa yang dilaporkan hilang. Pihak berkuasa kemudiannya menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Selepas ditangkap, polis menemui kesan DNA milik 26 wanita yang hilang itu dengan kebanyakannya adalah pelacur yang merupakan penagih dadah. Mereka dibawa ke ladang babi milik Robert untuk tujuan seks sebelum dibunuh.

Teknik pembunuhan yang adalah berbeza dengan ada kes di mana wanita itu disuntik dengan ubat antibeku manakala dalam kes lain, ada mangsa yang ditikam hingga mati.

No comments:

Post a Comment