Iqram Dinzly Tidak Sihat, Dia Perlukan Pertolongan, Bukan Provokasi – Caprice - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, January 8, 2018

Iqram Dinzly Tidak Sihat, Dia Perlukan Pertolongan, Bukan Provokasi – Caprice


Sikap pelik Iqram Dinzly sejak kebelakangan ini menimbulkan persoalan pada ramai pihak. Berkelakuan lucah, bercakap pelik sewaktu membuat siaran langsung di Instagram Live, dan terbaru, Iqram telah menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Che Mat’ ketika ditemubual di rancangan Melodi secara langsung. Iqram telah meminta maaf, mendakwa tidak sedar ketika ungkapan itu keluar dari mulutnya.

Perbuatan Iqram menyebabkan dia dikecam Netizen malah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mempersoalkan mengapa dia boleh berkata begitu dalam program yang ditonton oleh masyarakat serta menggelarnya ‘sampah’.

Penyanyi Rap, Caprice, berkata Iqram sebenarnya tidak sihat dan memerlukan rawatan dalam satu video viral di Instagram:

Iqram Dinzly telah menjadi viral–dia menari di depan kamera, bercakap bukan-bukan di depan kamera, dan saya melihat dia sebagai seorang yang tidak sihat.  Dia sebenarnya sedang meminta pertolongan.

Pihak media telah menemubualnya, dan terbaru, dia muncul di Melodi dan memanggil baginda Rasulullah ‘Che Mat’. Kini masyarakat yang kuat agama menyerangnya.

Sekiranya anda menyerang dan menimbulkan provokasi terhadapnya di media sosial, andalah sebahagian dari masalah ini  (kurang kesedaran mengenai penyakit kemurungan).

Sekiranya anda ialah pihak media yang membenarkan dia bercakap pelik-pelik di televisyen, sekiranya anda seorang ustaz dan anda kini menyerangnya, anda juga adalah sebahagian dari masalah ini. Kenapa?

Anda sepatutnya tidak menyerang dan memprovokasi seorang yang seorang yang ‘tidak sihat’. Anda boleh lihat semua ini. Memang jelas dia tidak sihat. Sepatutnya anda tidak mempersendakan dia. Tidak perlu tanya dia apa-apa soalan, dia perlukan pertolongan .

Sekiranya anda kumpulkan semua orang gila di KL, biarkan mereka muncul di televisyen, berikan mereka mikrofon seorang satu, dan mereka bercakap benda-benda yang pelik, adakah anda salahkan mereka kerana cakap benda pelik, atau salahkan stesen TV yang menjemput mereka?

Dia hanya perlukan pertolongan dan rawatan


A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Sebelum ini, terdapat pakar perubatan yang meminta Iqram mendapatkan rawatan klinikal kerana mempunyai ciri-ciri individu yang sedang mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, rakan-rakan artis, ibu dan mungkin juga Iqram sendiri menyangkal dakwaan tersebut.

Caprice mungkin merujuk keadaan ini sebagai ‘sebahagian dari masalah tersebut’ iaitu stigma dan kurang kesedaran mengenai masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan dan preskripsi ubatan.

Sekiranya perkara ini terus dibiarkan, tidak mustahil keadaan Iqram akan menjadi lebih serius dan memberi kesan negatif kepadanya suatu hari nanti. Apa pendapat anda?.

via beautifulnara

No comments:

Post a Comment