Himpit apanya?! - Kereta Honda Dihimpit Myvi? - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Saturday, January 6, 2018

Himpit apanya?! - Kereta Honda Dihimpit Myvi?


TULAR di media sosial sebuah video memaparkan pemandu kereta Honda City dipercayai bengang mendakwa dihimpit oleh pemandu Perodua Myvi dalam satu kejadian di Lebuhraya ELITE.

Berdasarkan kepada video berdurasi kurang tiga minit itu menyaksikan pemandu Honda City tersebut keluar daripada kenderaan dan ‘menyerang’ pemilik Myvi berkenaan.

Menurut perbualan yang dirakam video itu, pemandu Honda City itu mendakwa kereta terlibat telah menghimpit nya namun dakwaan itu dinafikan oleh pemilik myvi terbabit.

“Hello! Himpit apanya?! Kak Ana call polis, Kak Ana!” ujar kawan kepada pemilik Myvi tersebut.

Tidak puas hati dengan tindakan pemandu terbabit, pemandu Honda City itu kemudian mengundurkan kenderaan dipercayai berniat mahu melanggar pemilik Myvi tersebut.

Dalam pada itu, pengguna lain yang pada masa sama menggunakan laluan tersebut mengakui terkejut dengan insiden berkenaan dan segera membunyikan hon kuat.

Pemandu Myvi tersebut bagaimanapun berjaya ‘menyelamatkan diri’ daripada pemandu Honda City dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju.

Namun, insiden tidak hanya terhenti di situ sebaliknya pemandu Honda City itu dilihat mengejar dan halang Myvi tersebut sehingga mengakibatkan berlaku pelanggaran sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berkenaan telah menyebabkan berlaku pelanggaran antara pemilik Myvi terbabit dan kereta yang berada di belakangnya ekoran tidak sempat menekan brek.

Meskipun video itu kini menjadi tular dan mendapat perhatian ramai, netizen diminta agar berhenti menjadi ‘malaikat’ penghukum kerana punca sebenar insiden ini masih belum dikenal pasti.

No comments:

Post a Comment