info-info menarik !

Breaking

Monday, January 22, 2018

Harga Review Budak-budak Instafamous Semakin Melampau, Seorang Peniaga Kesal Dianiaya Instafamous


Rungutan seorang peniaga mengenai review budak-budak Instafamous menjadi perbualan netizen selepas peniaga terbabit telah buat aduan kepada The Reporter selepas Instafamous yang dibayarnya dipercayai gagal memberikan perkhidmatan yang sepatutnya dan ini turut diakui oleh beberapa netizen yang turut mengalami nasib yang sama.

Peniaga terbabit yang dikenali sebagai Nurul Tixana menerusi laman Twitter milik beliau menyatakan tindakan Instafamous yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan beliau kini sukar untuk membuat promosi IGShop miliknya yang selama ini diusahakan.

“Makin melampau betul harga budak-budak Instafamous ini. Kadang-kadang tak kena dengan harga betul. Ada yang jenis sombong, cakap ‘terima kasih’ pun susah. Ada yang jenis berkira macam ini.

“Macam manalah IGShop yang baru nak mula bisnes? Saya seorang saja ke yang kena begini? Kecewa,” katanya.







Dengan tidak membuat sebarang pendedahan tentang Instafamous terbabit, Nurul turut mendakwa bahawa individu berkenaan hanya lebih mempromosikan wajahnya sendiri sahaja berbanding produk miliknya yang ingin dijual itu.



“Ini adalah gambar yang dia pernah review. Cuba teka dia nak review apa? Sekali pandang macam nak review muka sendiri, rupanya nak review beg. Tapi hujung je beg tu nampak.

“Alahai dik, apa bendalah awak buat ni. Owner IGShop tengok pun, rasa tak ikhlas kasi barang itu dah dekat awak,” jelasnya.

Menurut Nurul lagi, beberapa rakannya yang turut berniaga ada mengalami masalah yang sama dengan salah seorang Instafamous di laman sosial tersebut.
“Saya dapat ini dari kawan saya. Dia pun dah terkena dengan ‘tora-tora’ ini.





“Kita nak bagi dia rezeki, dia balas seperti ini. Tetapi biasalah, dalam bisnes. Ini kira saya tersilap langkahlah ni,” katanya yang terpaksa redha dengan apa yang berlaku.

Berikutnya adalah senarai harga review yang dikenakan oleh Instafamous terbabit seperti yang dikongsikan oleh netizen.



Semua peniaga dinasihatkan agar selalu jujur dengan pelanggan dan jangan sesekali menganaiya mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan anda. Jangan nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan akhirnya diri sendiri juga rugi.

Kepada Instafamous tersebut, jadikan teguran ini sebagai satu nasihat yang positif agar untuk anda terus berkerja dalam bidang ini dan anda juga sangat beruntung kerana wanita ini masih lagi mempunyai belas kasihan kerana tidak mendedahkan siapa diri anda sebenarnya.

Jika tidak, mungkin anda akan hilang pelanggan di masa akan datang dan anda tak boleh lagi nak cari makan.

No comments:

Post a Comment