info-info menarik !

Breaking

Sunday, January 14, 2018

Guru Ini Dipuji Ramai Selepas Jaga Murid Tahun 1 yang Terbuang Air Besar Dalam Seluar


Kita semua tahu, murid bagi sekolah rendah dan menengah baru sahaja memulakan sesi pembelajaran bagi tahun 2018. Banyak keletah dan gelagat lucu murid-murid Tahun 1 yang dirakam oleh ibu bapa mereka, berjaya mencuri perhatian netizen. Mana tidaknya, ini lah kali pertama mereka berpisah dengan ibu bapa dan perlu berdikari tanpa mengharapkan pada sesiapa.

Seperti baru-baru ini, tular di laman sosial di mana, murid lelaki Tahun 1 menangis kerana takut dimarahi oleh guru setelah dia terbuang air besar di dalam seluar. Alololo kesianyaa diaa!

“Tadi kat sekolah ada seorang murid melayu tahun 1 waktu rehat duduk dalam bilik air, menangis teresak-esak..”


Menurut Mohd Salimi Ahmad, guru bagi murid tersebut, dia perasan situasi itu apabila ramai murid yang keluar masuk dalam tandas berkenaan. Apabila ditanya, guru yang ada di situ memaklumkan bahawa ada seorang murid yang terbuang air besar di dalam seluar.

“Habis kena baju dan seluar dia..”

Ketika di sana, ada dua orang lagi guru yang terlibat, turut membantu murid tersebut untuk menyelesaikan masalahnya. Mujur ada baju t-shirt dan seluar pendek di dalam stor sekolah sebagai simpanan bagi apa-apa yang terjadi.

Guru berkenaan cuba memujuk murid tersebut kerana dia masih lagi menangis. Katanya kepada murid itu,

“Tak apa Man (bukan nama sebenar), tak payah menangis ye, bukan ada apa-apa pun. Sekarang Man masuk ke tandas, buka baju semua, bersihkan badan Man, nanti dah habis keluar tukar baju lain ye..”


Guru itu turut meminta murid itu tersebut untuk meletakkan baju kotornya ke dalam plastik, supaya senang bapa murid berkenaan untuk membawanya pulang.

Sedang guru ini menunggu murid itu menukar baju, dia berborak dengan guru lain, di mana dia tahu murid itu menangis kerana malu pada kawannya dan takut sekiranya dimarahi oleh guru. Mereka turut meletakkan situasi murid tersebut kepada anak-anak mereka, sekiranya benda yang sama berlaku kepada anak-anak.

“Kita pun ada anak besar macam ni, kita kena bayangkan kalau anak kita sendiri kat sekolah jadi macam ni, mesti dia pun akan rasa sama macam budak ni rasa. Betul tak?”


Bukan sahaja menukar baju, guru itu membawa murid tersebut ke kantin memandangkan dia masih belum makan sejak pagi. Tetapi gelagat murid itu yang hanya makan sedikit dan nampak riak gusar di wajahnya, guru itu pun berkata,

“Kenapa makin sikit je? Tak apa, kamu makan je banyak-banyak. Tak payah takut. Cikgu tak marah kamu sebab kamu tak masuk kelas lagi. Sebab cikgu kelas kamu dah tahu kamu tak makan lagi, jadi kamu makan je ye..”

“Lagipun kesian kat mak kamu, bagi bekal bihun. Nanti balik sedih dia tengok kamu makan sikit je, tak habis, mesti dia sedih kan..”

Lalu pelajar itu membuka balik penutup makanannya, dan menghabiskan makanan tersebut.

Perkongsian guru ini rata-ratanya mendapat pujian daripada netizen.

“Guru pun ada hati dan perasaan yang sangat mulia.. Thank you cikgu-cikgu semua”

“Hingus meleleh pun cikgu lapkan. Tapi asyik cakap cikgu macam-macam”

“Untuk semua yang bergelar guru, anda hebat!”

Tak susah sebenarnya nak jaga murid-murid ni. Asalkan kita faham situasi mereka, dan pandai ambil hati mereka.

Sumber: Facebook via lobakmerah

No comments:

Post a Comment