
“Beauty is pain.” Itulah frasa yang sering disebut terutamanya para wanita yang sanggup menerima dan menahan prosedur yang menyakitkan untuk menjadi lebih cantik.
Menurut mStar, seorang wanita Thailand yang enggan dikenali telah berkongsi gambar pembedahan hidungnya yang tidak menjadi gara-gara tidak menyiasat latar belakang klinik tersebut terlebih dahulu.
Prosedur pembedahan tersebut melibatkan teknik implan silikon pada bahagian hidungnya untuk kelihatan lebih mancung. Walau bagaimanapun, mangsa telah mengalami jangkitan yang menyebabkan keradangan di bahagian tersebut.
Uishh…
Alamak…
Terkejut dengan keadaan yang menimpa, mangsa telah pergi ke klinik tersebut semula bagi mendapatkan nasihat dan rawatan. Namun, mereka enggan membantunya dan memberitahu pihak media bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas prosedur yang gagal.
Macam tu pulak?
Mangsa berkenaan terus merayu simpati akan keadaannya dan bernasib baik kerana sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok telah bersetuju untuk merawatnya serta mengeluarkan implan silikon tersebut tanpa sebarang bayaran.
Nasib baik!
Bahaya oi.. Hargailah ciptaan Tuhan. Kan dah lawa dengan wajah sekarang tu!
No comments:
Post a Comment