info-info menarik !

Breaking

Sunday, January 28, 2018

Gadis ini mengetahu siapa yang merogolnya dalam program realiti TV!


Satu program televisyen di Ukraine dikatakan telah mengatasi semua program realiti TV yang lain di dunia apabila ia akan mengumumkan keputusan DNA bagi menyelesaikan satu kes rogol yang membabitkan kanak-kanak secara langsung di kaca TV.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Tanya dan berusia 12 tahun didapati hami ketika berusia 11 tahun telah disyaki dirogol oleh salah seorang daripada dua abangnya dan juga bapa tirinya.


Gadis terbabit dikatakan telah melalui cabaran di studio turut mendakwa anak perempuannya itu iaitu Diana yang berusia 5 minggu adalah hasil dari hubungannya bersama seorang jirannya yang berusia 18 tahun.
Lebih mengejutkan apabila keputusan yang diperolehi hasil ujian DNA mendapati ianya tidak sepadan dengan lelaki berkenaan dan dia boleh dikenakan hukuman penjara 5 hingga 10 tahun kerana didapati melakukan hubungan seks dengna seorang kanak-kanak.

Tanya kemudiannya turut membuat pendedahan tentang bagaimana dia telah mengalami serangan seks daripada seorang saudaranya.

Melalui program tersebut juga turut menguji DNA milik bapa tirinya, Ivan Eremin yang berusia 30-an serta dua abangnya yang berusia 15 dan 17 tahun. 

Walau bagaimanapun, mereka semua telah menafikan perbuatan tersebut dan tidak mengaku bahawa mereka adalah bapa kepada bayi berkenaan, lapor The Sun.

Ivan Eremin
Program itu yang dikenali sebagai It Concerns Everybody, akan disiarkan minggu ini walaupun gadis itu tidak mahu mengambil bahagian.

Bapa tirinya berkata: “Saya tidak akan datang ke sini sekiranya saya ada kaitan dengan kehamilan anak perempuan saya.

Abang Tanya, salah seorang daripada suspek

“Saya bersedia melakukan ujian DNA dan membuktikan bahawa saya bukan bapa kepada anak ini.

“Saya tidak takutkan apa-apa. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan saya dan isteri dipersalahkan. Saya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Tanya, malah saya tidak pernah fikir tentang hal itu.

Salah seorang saudara Tanya yang menjadi suspek.

Pakar psikologi yang memeriksa Tanya untuk program tersebut, Vlada Berezyanskaya berkata: “Budak ini hanya rasa takut. Dia tertekan sekarang. Tanya seorang kanak-kanak, dia tidak bersalah,” katanya.

Ibunya, Anna Luchishin, 31, yang mempunyai enam orang anak telah dipersalahkan kerana mendedahkan tentang anak perempuannya di TV, selain dia disyaki telah dibayar kerana mendedahkan masalah keluarganya.

Jiran Tanya yang dituduh bapa kepada anak Tanya
Dia kini membantu Tanya membesarkan anaknya yang dilahirkan pada 17 September lalu, tetapi turut dilihat menggalakkan anak perempuannya menjawab soalan ‘sulit’ walaupun dia tidak mahu menjawabnya.

Polis sedang kini sedang menyiasat tuduhan tersebut, tetapi tidak cuba menghentikan program yang disiarkan.

Hos program, Andrey Danilevich, dari Inter TV, mendakwa bahawa dia hanya mencari kebenaran.

“Kanak-kanak itu, yang hamil pada usia 11 tahun menjadi mangsa manipulasi orang dewasa yang tidak bertanggungjawab,” katanya.



“Sekarang hampir semua lelaki di bandar Borislav yang pernah melawat keluarganya, termasuk bapa tirinya dan saudara lelakinya disyaki terlibat.

“Kita semua tahu betapa kejamnya mulut orang. Penting untuk mengetahui siapa bapanya bagi menghentikan spekulasi,” katanya.

Ibunya memberitahu penonton bahawa Tanya pada awalnya menamakan siapa yang dia percaya menjadi bapa kepada bayi berkenaan.

“Tetapi jiran kami Andriy bukan bapa kepada cucu saya Diana,” katanya.
“Saya menerima panggilan dari makmal di Lviv dan mereka berkata bukan dia.


“Bapa Andriy, Oleg telah membayar ujian DNA ini di Lviv. Saya terperanjat. Saya beritahu Tanya tentang ujian itu dan bertanya siapakah orangnya?

“Dan dia beritahu saya ada seorang lagi. Saya minta dia bercakap benar. Ia berlaku pada Februari ketika saya berada di hospital.

No comments:

Post a Comment