"Face Scanner Tak Cam" - Akibat Pembedahan Plastik, Wanita Ini Terlepas Penerbangan! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Friday, January 19, 2018

"Face Scanner Tak Cam" - Akibat Pembedahan Plastik, Wanita Ini Terlepas Penerbangan!


Pembedahan plastik kini semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat di luar negara. Ini adalah kerana mereka percaya dengan melalui prosedur tersebut, mereka dapat memiliki wajah yang diinginkan.

Selain itu, difahamkan pelbagai tawaran hebat dan murah disediakan oleh klinik-klinik kecantikan yang membuatkan ramai orang terutamanya kaum wanita berebut untuk menukar atau ‘membaik pulih’ struktur wajah mereka.
'

Walau bagaimanapun, perubahan wajah terutamanya yang drastik akan membawa kekeliruan bukan sahaja kepada orang lain tetapi kepada barangan teknologi juga. Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita telah terlepas penerbangannya kerana pengimbas keselamatan gagal cam muka ‘barunya’.


Zhang, 28, yang berasal dari China telah membeli tiket penerbangan dari Chengdu ke Shanghai baru-baru ini. Namun, ketika melalui proses keselamatan di lapangan terbang, pengimbas muka keselamatan tidak dapat cam muka Zhang yang baru sahaja menjalani pembedahan plastik.




Selepas itu, Zhang cuba untuk menerangkan kepada pegawai keselamatan bahawa dia baru sahaja menjalani prosedur pembedahan plastik, namun, tidak dipercayai oleh pegawai tersebut. Dia kemudian diarahkan untuk ke pejabat polis untuk mengesahkan identiti sebenarnya.

Difahamkan Zhang mengambil masa empat jam untuk meyakinkan pegawai keselamatan itu dan menyebabkannya terlepas penerbangan yang berharga 1,190 yuan iaitu kira-kira RM732.



Gambar Hiasan
Zhang dikatakan terlupa untuk mengemas kini dokumen peribadinya memandangkan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastiknya boleh dikatakan satu perubahan yang drastik. Enggan menghadapi masalah yang sama di lapangan terbang, Zhang kemudian mengambil keputusan untuk menaiki keretapi sahaja untuk ke Shanghai.

Aduhai, banyak tu perubahan muka dia! Sampai pengimbas pun tak dapat cam. 


Sumber: WOB

No comments:

Post a Comment