"Ditendang, ditumbuk, diludah!" - Ini Yang Kami Terima Dari Keluarga Bekas Adik Ipar - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Tuesday, January 9, 2018

"Ditendang, ditumbuk, diludah!" - Ini Yang Kami Terima Dari Keluarga Bekas Adik Ipar


Viral di media sosial, kereta seorang wanita dipukul dan ditendang beberapa lelaki yang merupakan ahli keluarga bekas adik iparnya dalam kejadian di Semporna, Sabah. 

Video yang dimuat naik Ziezy Ahmad sejak tengah hari tadi telah ditonton 102,000 kali dan dikongsi 699 pengguna Facebook ketika berita ini ditulis 

Menurut Ziezy, dia bersama adiknya datang ke rumah bekas suaminya untuk mengambil anaknya atas perintah mahkamah, namun tidak menyangka keluarga bekas adik iparnya akan bertindak sedemikian. 

"Ceritanya saya ini tak tahu apa-apa. Cuma menemankan adik perempuan saya pergi mengambil anaknya atas perintah mahkamah. Siap bawa surat dari mahkamah lagi. Datang cara baik, siap bagi salam. 
"Sampai-sampai saja di rumah bekas suami adik, memang nampak dari jauh sekumpulan lelaki sudah berkumpulan, termasuk seorang wanita yang dikenali sebagai F******. 

"Yang si F****** ini lagilah saya tak faham, apatah lagi kenal pun tidak. Secara tiba-tiba pergi ke depan kereta, siap berteriak dan meludah-ludah lagi. Astaghfirullahalazim, perangai mereka ini memang sungguh tidak dijangkakan! 

"Habis kereta saya menjadi mangsa tendang dan tumbuk. Allahu, barulah saya nampak perangai mereka macam mana. Serik saya nak pijak kawasan mereka ini lagi," tulisnya.


Menurut Ziezy, kejadian itu berlaku pada dua minggu yang lalu dan baru saja dimuat naik hari ini. Katanya, dia tahu mereka tiada duit, namun cukup jika pihak berkenaan datang memohon maaf kepadanya.

Katanya lagi, dia terpaksa viralkan kejadian itu di media sosial kerana dakwanya kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan. 



sumber : FACEBOOK

No comments:

Post a Comment