info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 22, 2018

Cikgu Ini Berlakon Konon Nak Pinjam Wang Daripada Ibu Miskin, Namun Jawapan Wanita Ini Buat Dia Sebak...


Kekangan wang mungkin menjadi halangan utama untuk seseorang individu membantu individu lain yang berada dalam kesusahan. Namun, ada segelintir individu yang langsung tidak menjadikan kehidupan miskin sebagai alasan untuk membantu insan yang lebih memerlukan.

Terdahulu, seorang cikgu dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh pernah berkongsi di laman Facebook miliknya kisah bagaimana hak murid tidak diendahkan ibu bapa sehingga ada pelajar yang kelaparan tidak sempat makan di kantin. Kali ini, guru ini berkongsi pula sebuah kisah tentang sebuah keluarga miskin yang pernah dijumpainya dulu.




Menerusi entri baru, Fadhli menceritakan kisah dia dihubungi oleh seorang wanita dari Kuala Selangor sewaktu melancarkan Projek Beg Sekolah akhir tahun lalu. Wanita tersebut bertanyakan Fadli tentang Program Beg Sekolah yang dianjurkan dan ingin mengetahui sekiranya anak-anaknya layak menerima bantuan tersebut.

“Cikgu. Saya tahu beg itu untuk orang miskin kawasan Gombak sahaja. Saya tinggal di Kuala Selangor. Anak-anak ada 5 orang. Anak-anak saya anak yatim. Layakkah cikgu?” kata wanita tersebut.




Sewaktu mendengar soalan tersebut, Fadli terus meminta ibu kepada lima anak tersebut datang ke Greenwood untuk mengambil barang-barang yang disediakan. Walaupun tinggal jauh di Kuala Selangor, wanita tersebut sanggup menunggang motosikal hampir tiga jam di bawah terik mentari untuk ke Gombak semata-mata demi set pakaian sekolah anak-anaknya.

Membawa bersama tiga orang anak untuk mengambil bantuan yang disediakan, wanita tersebut menerima beg, set pakaian sekolah dan kasut untuk anak-anaknya daripada Fadli setibanya di lokasi. Itu kisah tahun lepas. Semalam, Fadli teringatkan ibu tersebut dan cuba menghubunginya.


Fadli menghantar mesej melalui WhatsApp dan tiba-tiba berpura-pura mahu meminjam wang daripada ibu miskin tersebut walhal dia tahu bahawa wanita itu adalah daripada golongan asnaf. Pun begitu, jawapan yang diterima daripada ibu miskin tersebut membuatkannya begitu sebak.





“MasyaAllah. Mulia sungguh hatinya. Dia tak punya duit untuk bagi aku pinjam, namun duit zakat yang dia bakal terima dia hendak bagi aku. Meremang bulu roma aku bila baca dia nak bantu aku.

“Saat dia kata tunggu duit zakat masuk, berair mata aku. Dengan duit zakat yang tak seberapa itu pun dia masih nak beri kat orang. Padahal untuk kegunaan harian pun tak berapa nak cukup,” kata Fadli dalam entrinya.


Walaupun hanya ada beberapa ringgit dalam simpanan, wanita berhati mulia tersebut masih mahu membantu orang lain yang dirasakan lebih memerlukan daripadanya. Langsung tiada keraguan dalam dirinya, wanita tersebut menawarkan untuk meminjamkan wang zakat yang bakal diterima nanti kepada Fadli.





Fadli tidak dapat menahan sebak dan terus meminta maaf kepada wanita tersebut. Guru itu juga memberitahu bahawa dia hanya berlakon sahaja untuk menguji ibu miskin itu dan langsung tidak menyangka wanita itu sudi membantunya.


“Orang yang biasa hidup susah ini, mereka lebih mudah untuk memberi bilamana orang lain tersepit.

“Hari ini, Allah buktikan pada aku. Miskin itu tidak menjadikan mereka hina. Bahkan orang miskin lebih ramai berhati mulia,” kata Fadhli lagi.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

No comments:

Post a Comment