‘Doktor Cakap Akar Gigi Rosak Dan Longgar’ – Gigi Gadis Ini Cantik Tapi Rosak Akhirnya Gara-Gara Pakai Braces Di Ampang - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, January 1, 2018

‘Doktor Cakap Akar Gigi Rosak Dan Longgar’ – Gigi Gadis Ini Cantik Tapi Rosak Akhirnya Gara-Gara Pakai Braces Di Ampang


Sebelum ini kita pernah dinasihatkan tentang betapa bahayanya membuat braces atau pendakap gigi dari individu yang menjual secara online atau mereka yang tidak bertauliah tentang ilmu pergigian. Sememangnya jelas terbukti bermacam kes telah berlaku, apabila ramai mangsa yang telah mengalami kerosakan gigi serta pendarahan yang amat teruk kerana terlalu percaya dengan perkhidmatan doktor gigi seperti ini.

Walau bagaimanapun, kisah yang dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai Jenny ini agak berlainan. Pada 22 Disember lalu, seorang netizen telah berkongsi tentang pengalamannya yang dilihat sungguh mengerikan ketika beliau membuat braces di sebuah klinik pergigian di Pandah Indah, Ampang.

Memetik laporan dari WOB, gigi wanita ini pada sebelum ini sememangnya tidak mempunyai sebarang masalah dan giginya cantik tersusun rapi. Walau bagaimanapun, dia telah membuat keputusan untuk membuat pendakap gigi juga disebabkan ingin mencantikkan bahagian pipinya untuk membentuk giginya supaya nampak lebih cantik dan teratur.




“Selepas 6 bulan, doktor gigi tersebut memaklumkan kepada saya yang pendakap gigi ini sudah boleh untuk ditanggalkan dan kemudian saya menyelesaikan pembayaran.

“Walau bagaimanapun, setiap kali saya ingin ke sana untuk mendapatkan rawatan susulan, tidak ada sesiapa pun yang menanggalkannya untuk saya. 

Perkara ini telah berlanjutan hingga setahun lamanya,” kata Jenny.

Yang menjadi pelik dan hairan, walaupun dia telah membuat temujanji sebelum pergi ke klinik tersebut, premis itu tutup secara tiba-tiba apabila dia tiba di sana. Oleh disebabkan hal itu, gigi Jenny secara perlahan-lahan menjadi longgar dan tidak lagi kelihatan tersusun seperti sebelumnya. Namun, doktor berkenaan telah berjanji dengannya untuk membaiki giginya itu.

“Sewaktu gigi saya sedang digilap, peralatan yang doktor tersebut gunakan didapati telah tersangkut pada gigi. Dia telah memaksa ia kelaur dengan kuat sehingga menyebabkan menjadi keretakan pada batang gigi dan bibir saya berdarah.

“Keretakan itu menyebabkan jangkitan kerana berlaku hingga ke akar gigi. Bakteria didapati telah membiak di sana dan nanah juga dilihat keluar darinya.”

Kemudiannya doktor terbabit berterusan menyatakan perkara yang langsung tidak masuk akal seperti gigi Jenny itu akan kembali sembuh seperti sediakala dan jangkitan bakteria yang telah berlaku itu adalah sesuatu yang normal serta turut pernah berlaku kepada sesiapa sahaja.




Dengan tujuan untuk menghilangkan jangkitan tersebut, doktor gigi terbabit telah memberikan padanya satu suntikan yang menyebabkan dia menanggung kesakitan. Walau bagaimanapun, Jenny ketika itu tidak lagi mampun untuk menahan kesakitan, lalu dia membuat keputusan untuk bertemu doktor gigi yang lain di Sunway.

“Doktor itu mengatakan akar gigi saya telah rosak. Semua gigi saya sekarang longgar dan saya harus menjalani rawatan kanal akar (root canal treatment).
“Selepas menggerudi lubang dan turut membersihkan saraf dan akar gigi, prostesis telah dimasukkan ke dalam gusi saya.”

Selain daripada mengalami kesakitan yang amat sangat, Jenny turut terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak untuk prosedur pengeluaran nanah serta rawata, Dia juga telah diberitahu bahawa terdapat peluang gigi yang retak itu tadi akan menjadi longgar dalam tempoh selama 5 tahun akan datang.



Biarpun Jenny telah membuat permintaan untuk memakai semula pendakap giginya itu, doktor gigi berkenaan memaklumkan kepadanya yang dia harus menunggu beberapa bulan lagi sebelum ia dipasangkan semula kerana giginya itu masih lemah.

Untuk mereka yang ingin mengetahui tentang perkongsian Jenny ini dengan lebih lanjut atau ingin bertanya tentang pengalaman Jenny sendiri, anda boleh menemui Jenny di akaun facebook milik Jenny Tan.

Anda harus berhati-hati dan bijak untuk membuat pemilihan rawatan dan doktor gigi seperti yang mereka tawarkan. Jika gigi anda masih cantik tidak perlulah untuk nak mencantikkan lagi. Akhirnya?

No comments:

Post a Comment