info-info menarik !

Breaking

Friday, January 19, 2018

Bisu, Tekak Koyak Akibat Cuba Tahan Bersin!


HIKMAH… Umat Islam tentu maklum bahawa Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu pernah galak bersin dan larang menguap yang kini terbukti ada banyak kesan positif dari segi perubatan moden.

Jika anda berasa hendak bersin, jangan ditahan. Kajian terkini mendapati cubaan menahan bersin sebenarnya boleh membahayakan tubuh badan bahkan tidak baik dari sudut kesihatan termasuk risiko kehilangan nyawa sendiri.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan tekak, malah gegendang telinga atau saluran darah dalam otak anda pecah. Demikian hasil kajian terbaharu yang diterbitkan menerusi jurnal perubatan BMJ Case pada Selasa lalu.

Menurut pasukan pengkaji antarabangsa itu, apabila seseorang sengaja menahan bersin, ia akan mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh. Bahaya menahan bersin dialami sendiri oleh seorang lelaki Britain berusia 34 tahun.

Pesakit dewasa tersebut dilaporkan terpaksa pergi ke sebuah hospital di Leicester, England untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan selepas mengadu rasa bengkak dan mengalami sakit teruk di bahagian leher.

“Lelaki itu menggambarkannya seperti berasa ‘letupan’ pada bahagian leher selepas beliau menahan bersin dengan memicit hidung sambil menutup mulut secara serentak,” kata doktor menerangkan kajian yang diterbitkan itu.

Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) kemudian mengesahkan apa yang mereka syaki iaitu tekanan kuat telah dihasilkan akibat tindakan pesakit tersebut menahan bersin menyebabkan belakang tekak mangsa turut terkoyak.

Lelaki berkenaan yang tidak mampu menelan makanan mahupun bercakap seterusnya dimasukkan ke hospital serta beliau diberikan makanan dan antibiotik hanya dengan menggunakan tiub sehingga sakitnya itu kembali reda.

“Mujur beliau bertuah apabila dibenarkan pulang selepas seminggu dirawat. Menahan bersin dengan menutup mulut dan hidung adalah satu perbuatan yang berbahaya dan harus dielak,” kata doktor menerusi jurnal itu.

Dalam kes yang jarang berlaku, menahan bersin boleh menyebabkan udara terperangkap antara paru-paru dan memecahkan aneurisme serebrum, iaitu keadaan saluran darah menjadi bengkak seperti belon dalam otak.

Hakikatnya bersih merupakan nikmat kurniaan Allah bagi membebaskan pelbagai penyakit tertentu dalam badan bahkan Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita mengucap tahmid setelah bersin.

No comments:

Post a Comment