info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 1, 2018

"Bermula dari sakit gigi siapa sangka akan jadi sebegini serius!"


Bermula dari sakit gigi siapa sangka akan jadi sebegini serius tapi itulah yang berlaku kepada Nur Nabilah. Daripada sakit gigi yang berlarutan dia kemudian dirawat.

Mengharapkan sembuh tapi rupanya makin teruk bila dia mengalami alahan pada ubat yang diberikan semasa rawatan penyakit Steven Johnson Syndrome yang baru dikesan. Seluruh badan kemerahan seperti terbakar.

Masalah yang sama turut terkena bahagian bibir serta mulut yang juga penuh dengan ulser. Ketika dirawat katanya kulit bibir yang menggelupas akan disiat dan dibersihkan agar cepat pulih.

Ngeri sungguh baca pengalamannya.
Ujar Nur Nabilah pengalaman ini dikongsi untuk beri pendedahan tentang alahan yang ramai orang tak tahu. Wajar kita baca sebagai pengetahuan.


Jatuh sakit yang tak disangka

Alhmdulillah, thn 2017 byk berlaku perkara tak terduga. Kakak sulung meninggal dunia, dan aku sendiri jatuh sakit yg tak disangka-sangka.

Mulanya sakit gigi biasa, dah banyak gigi cabut tapi still sakit yg sama berlaku. 

Lastly, buat CT scan di Mahkota Hosp. dan Dr. diagnosed aku ada penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bhgn muka, bersambung pd gigi ke otak.



Bila sakit tu memang tak bole nak makan, bercakap apatah lagi buka mulut. Sampai berat pun turun sampai 42kg.Then Dr. bagi ubat utk tahan sakit dan susutkan bengkak saraf.

Demam menggigil, badan lemah, mata mula bengkak

Bila makan ubat tu, seminggu aku asik tido je. Maybe efek ubat so bila asik tido mata start bengkak. Nak masuk 2 minggu demam on n off. Badan makin lemah tapi dah bole start makan mcm biasa. So bile next appointment Dr. kurangkan dos ubat, tgk mcm mane.

Start minggu ke 3 asyik demam, mata makin bengkak. Sampailah mlm rabu minggu lepas aku menggigil gigil, husband n parents bawa ke KPJ. Sampai sana suhu cecah 40°c. Dr. memang dah syak aku allergic ubat sbb muka start merah2.

Then Dr. kata platlet aku rendah dari org normal biasa, tu sgt bahaya sebab bila platlet rendah tu yg bole menyebabkan kulit merah2 n takut sampai bleeding. 

So Dr decided nak hantar ke HPSF naik ambulan. Sampai HPSF duduk ICU jap cek tekanan darah semua n tolak ke wad.



Kat HPSF seminggu jugakla duduk sana. So aku direferkan ke pakar kulit, mata n bedah mulut. Dah 2 hari kat HPSF badan, kaki tangan muka dah start naik merah2. Macam terbakar pun ada, dengan ulser yg byk dlm mulut, mata merah bengkak.

Jumpa pakar bedah mulut paling ngeri!

Memang masa tu down gila, nak makan pun tak boleh. Bila nurse hantar pegi appointment pakar tiap2 pagi mesti semua mata pandang tgk muka. Pelik agaknye budak ni kena bakar ke camne. Then kdg2 aku rase mcm susah bernafas jugak, mcm dada sempit.

Bila nak telan air sempit n sakit sgt dada. Dr kata maybe ulser tu dah smpai ke dalam. So seminggu kat wad memang mencabar.Thanks pada mak abah kakak2 ku sbb hire private nurse, Lala utk jaga aku kat wad. Tolong mandikan, sapu krim, titik ubat mata, bersihkan mulut semua (love u Lala, tak sempat tangkap pic).Lala ni mulut becok,asyik melawak jek so aku xdela down duduk wad.

Tiap2 pagi ada appointment jumpe pakar mata, kulit n bedah mulut.Yang paling ngeri jumpe pakar bedah mulut sbb kat sane Dr akan siat n bersihkat kulit2 mati kat bibir sampai darah2 so senang kulit bibir pulih cepat. Ko bygkan ko nak siat kulit bibir sendiri pun pedih apetah lg org lain yg buatkan.



Genap seminggu Dr benarkan keluar wad, happy tak happy la kan dok terperap kat wad pastu bila org lalu kat kat katil mesti tanya sakit apa. Doktor doktor manipal yg tgh belajar lg pun selalu dtg tanya2 soalan sbb kes mcm ni rare, jarang berlaku so bila kuar wad dah tak payah hadap semua tu.Alhmdulillah…

Aku hidap penyakit Steven Johnson Syndrome tapi ubat tak serasi

So, kesimpulannya aku alahan ubat saraf yg aku makan tu nama penyakit aku ni “Steven Johnson Syndrome”. Sakit aku ni Dr kata tak semua org mcm aku. 

Ada yg serasi mkn ubat tu n ada yg mcm aku. Nasib baik aku cepat pergi hospital sbb benda ni kdg-kdg boleh mengancam nyawa.



Kita tak terpikir pun kan alahan ubat boleh smpai mcm ni. Dah kena batang hidung sendiri baru tau tapi tulah masalahnya, kita takkan tau kita allergic ubat sampai kita try mkn ubat tu. Then baru tau.

Apa pun, aku redha dgn aturan Allah SWT. Allah bg ujian besar utk hamba-Nya supaya hamba-Nya lebih ingat pada Nya dan InshaAllah aku percaya good things gonna happen someday to me, n my family.

Celebrate anniversary ke-6 dalam keadaan tengah sakit

Kat sini aku nak semua org tau aku syg sgt family aku, my husband,anak2, mak, abah, kakak2 aku, abg, mertua, ipar duai, n esp kawan aku dunia akhirat bg moral support, pertolongan wang ringgit dan sebagainya utk aku n kwn2 baik ku u all know who u are. Thanks korg awat aku,mandikan aku time aku tgh lemah. Sayang korg sgt2…

Hanya Allah SWT yg dpt balas jasa u all n semua sahabat2 n saudara mara yg dtg melawat. Semoga semuanya diberkati Allah SWT. Thanks Allah, di saat aku tgh terlantar sakit dan tak berdaya Kau hadirkan insan2 yg baik hati utk membantuku..??



And to my husband, thn ni kita celebrate anniversary ke6 kita dlm keadaan sayang tengah sakit.Allah bg ujian bertimpa2 thn ni kat kita supaya kite lebih kuat and ingat kat dia. Dia yg Maha Berkuasa melebihi segalanya. Yg pnting kita redha n lalui semua rintangan bersama.InshaAllah.

p/s:Antara gambar sempat diambil, bhg badan paling byk tp tak boleh nak upload ye. Sorry if tak selesa tengok, just nk share a kind of allergic yg ramai org tahu.

Sama-sama kita doakan akan Nur Nabilah sembuh seperti sediakala!
Sumber: Nur Nabilah via vanillakismis

No comments:

Post a Comment