info-info menarik !

Breaking

Wednesday, January 3, 2018

Berkahwin di usia 17 tahun, gadis ini dicemuh netizen!


Perkahwinan merupakan penyatuan jiwa dengan ikatan yang sah disisi agama untuk dua insan hidup bersama. Kaum perempuan yang lebih mementingkan kerjaya pada zaman ini membuatkan keputusan untuk berkahwin di usia muda tidak menjadi kebiasaan di negara kita.

Jika minggu lepas kecoh kisah penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menyarankan bahawa eloklah sekiranya kaum perempuan bernikah pada usia seawal 15 tahun, hari ini tular satu perkongsian di laman Twitter tentang seorang gadis yang telah selamat melangsungkan perkahwinan walaupun baru berusia 17 tahun.



Perkahwinan seawal usia 16 tahun adalah perkara biasa di zaman nenek moyang kita, malah ada yang sudahpun bernikah pada usia 14 tahun lagi.

Pun begitu, jarang sekali kita dengar anak muda zaman sekarang memilih untuk berkahwin pada usia seperti itu.

Berkemungkinan besar akan menerima kejian masyarakat sekiranya seorang gadis lambat berkahwin, lain pula kali ini apabila si gadis menjadi bualan ramai kerana memilih untuk menghalalkan hubungan percintaan bersama insan pilihan hati pada usia 17 tahun.

Kahwin lambat pun salah, kahwin awal pun salah. Mana satu ni?




Sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya, gadis dikenali sebagai Amyra Nadya memuat naik satu entri di laman Twitter mengumumkan bahawa dia telah selamat melangsungkan perkahwinan pada tanggal 30 Disember yang lalu.

Ramai mendoakan yang baik-baik kepada pasangan muda ini, namun ada juga yang melemparkan kata-kata tidak elok. Terdapat sebilangan netizen yang mempersoalkan keputusan Amyra untuk berkahwin sedang dia masih di usia untuk bergembira dengan rakan-rakan.




“Pandai ke jaga suami tu dik?” kata seorang netizen.
“Awalnya..muda benar.” “Mak aih umur 17 dah kahwin.” “Gatal ye kamu.”
Matlamat hidup setiap individu adalah berbeza-beza. Tidak salah untuk menghalalkan hubungan jika kedua-duanya sudah layak untuk bernikah dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Seperti kata Amyra, tidak salah untuk kahwin muda jika sudah berkemampuan kerana matang bukan terletak pada umur.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Amyra dan pasangan!

sumber : amyranadyaa via lobakmerah

No comments:

Post a Comment