info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, January 14, 2018

Berhenti Kerja Bergaji RM30,000 Untuk Tolong Ibu Jual Kuih Tradisi!


Golongan muda kini lebih memilih untuk berkerja di dalam pejabat berbanding membuat kerja yang melibatkan pergerakan fizikal. Tambah-tambah lagi apabila mereka mendapat bayaran gaji yang jauh lebih tinggi berkerja di pejabat.

Walau bagaimanapun, menurut WORLD OF BUZZ, lelaki ini sanggup tinggalkan kerjayanya di pejabat bagi membantu ibunya membuat kuih di kedai. Jeffrey Goh, 39, adalah anak kedua kepada Madam Tay Lee Tiong yang sebelum ini merupakan seorang pegawai bank dengan gaji mencecah hampir RM30,000 sebulan.



Ibunya yang lebih mesra dikenali sebagai Ah Yee pernah membuka gerai menjual kuih tradisional, Soon Kueh di Dunman Hawker Center, Singapura pada bulan Oktober 2004. Soon Kueh adalah makanan tradisional kaum Cina yang merupakan sejenis dumpling diperbuat daripada tepung beras dan kebiasaannya mempunyai inti ubi sengkuang.



Oleh kerana mendapat permintaan yang banyak, Jeffrey turut datang membantu ibunya menguruskan kedai pada hujung minggu. Namun begitu, ibunya yang kini berusia 64 tahun semakin tidak larat dan mengambil keputusan untuk menutup kedai pada April 2012.



Kebetulan, Jeffrey sudah penat untuk bekerja dalam bidang korporat dan memilih untuk membantu ibunya memandangkan dia masih sayangkan gerai dan perniagaannya. Pada saat itulah, Jeffrey sanggup meletakkan jawatan dan mula belajar cara serta teknik membuat kuih seperti ibunya sebagai persiapan untuk memulakan semula perniagaan kuih itu.




Kegigihan Jeffrey akhirnya membuahkan hasil apabila Ahh Yee Soon Kueh mula membuka tirai semula pada bulan Ogos 2017 di lokasi baru di Jalan Tembeling yang turut menjual pelbagai jenis kuih lain. Sejak itu, dua beranak ini bergabung tenaga dan meneruskan perniagaan yang telah lama berhenti bagi menyajikan pelanggan mereka dengan kuih tradisional ini.




Walaupun begitu, Jeffrey dengan rendah diri memberitahu bahawa dia masih belum memperoleh skill seperti ibunya yang telah membuat kuih ini bertahun-tahun lamanya.

Ah Yee juga memberitahu bahawa dia sangat gembira kerana dapat menurunkan ilmu membuat kuih tradisional ini kepada anaknya.
Sememangnya kuih yang dijual mereka adalah buatan tangan dan dimasak segar di kedai. Kuih mereka yang lazat dianggarkan terjual sebanyak 300 hingga 500 biji setiap hari.

Wah, bagusnya dia. Mesti mak dia bangga!

sumber : WORLD OF BUZZ via lobakmerah

No comments:

Post a Comment