Belasah, Tikam & Ragut Beg Isteri Sendiri - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, January 1, 2018

Belasah, Tikam & Ragut Beg Isteri Sendiri


Seorang lelaki dirakam membelasah isterinya secara bertubi-tubi dalam kejadian pagi Sabtu di Geylang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.49 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun itu turut ditikam pada bahagian perut dan bengkak pada bahagian muka akibat dibelasah suspek.

Rakaman berdurasi dua minit yang tular di media sosial Malaysia itu menunjukkan suspek menyoal mangsa sebelum secara tiba-tiba ‘menghayun’ tangannya beberapa kali ke arah muka mangsa.

Mangsa yang dilihat terbaring bersama kesan darah itu tidak terdaya melakukan apa-apa dah hanya mampu menahan pukulan suspek.

Lebih terkilan apabila kejadian di tempat terbuka itu pada mulanya tidak diendahkan orang ramai yang berada di lokasi.

Bagaimanana, tampil seorang individu dipercayai orang awam cuba menegur tindakan suspek namun ia tidak diendahkan lelaki itu.

Suspek kemudian dilihat melirikan diri bersama beg tangan dipercayai milik wanita terbabit dan dia kemudiannya cuba dikejar oleh penduduk.

Menurut sumber daripada media tempatan, kejadian dipercayai berpunca akibat daripada sifat cemburu lelaki itu yang menuduh isterinya cuba berlaku curang.

Sebelum kejadian juga, mangsa dikatakan sedang berjalan dengan lelaki lain dan hanya berpisah selepas insiden berlaku.

Suspek bagaimanapun telah ditahan di Jalan Guilermard pada jam 12.15 tengah hari selepas polis menerima aduan pada jam 11.49 pagi.

Mangsa kini berada di Hospital Tan Tock Seng dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

No comments:

Post a Comment