info-info menarik !

Breaking

Wednesday, January 3, 2018

"Bawa kereta macam h***jadah" - Driver BMW Langgar Peronda!


Tular menerusi media sosial video seorang anggota peronda lebuh raya syarikat Grand Saga cedera parah di bahagian kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang.

Kejadian ngeri yang membabitkan empat buah kenderaan itu dipercayai berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang, berdekatan Cheras Sentral, di sini, kira-kira jam 9 pagi Rabu.

Insiden yang dirakam seorang pengguna jalan raya itu menunjukkan mangsa yang berusia lingkungan 40-an terbaring menahan kesakitan, sambil menunggu ketibaan ambulans dari pihak hospital.

Kedengaran suara perakam video yang jelas mengatakan pemandu wanita yang menggunakan kenderaan BMW berwarna itu memandu dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Habis jahanam, kereta Cina mabuk langgar, habis jahanam kereta peronda. Hilux dan motor dua biji hancur kena sondol dengan BMW.

“Ini celaka yang langgar, bodoh punya C*** pagi-pagi dah mabuk. Bawa kereta macam h***jadah,” katanya.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang kira-kira 5 kilometer buat pengguna yang melalui arah Kajang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, netizen media sosial juga mencemuh sikap dua wanita terbabit yang dilihat hanya peluk tubuh berada di dalam kereta tanpa hirau keadaan mangsa yang nazak terkujur di atas jalan raya.

“Dah langgar orang boleh pulak buat selamba macam tak bersalah main phone, kurang ajar punya manusia,” tulis Hisha Md Razi.

Apa-apa pun netizen dinasihati untuk tidak menggunakan sentimen berbaur perkauman kerana kejadian berpunca akibat daripada sikap individu itu sendiri yang tiada rasa bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment