Bagaimana Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan? 10 Cara Bijak Ini Mungkin Berguna - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Friday, January 5, 2018

Bagaimana Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan? 10 Cara Bijak Ini Mungkin Berguna


Susu ibu sememangnya sangat bagus untuk bayi anda. Namun, apabila sampai usia yang sesuai, dia perlu juga berhenti dari minum susu badan dan mula menyesuaikan diri dengan diet pemakanan biasa seperti kanak-kanak lain.

Jadi, bagaimana caranya untuk membuatkan anak kita itu cepat cerai susu badan? Di sini, kami ada berkongsi 10 cara bijak yang boleh anda cuba di rumah.

10 cara bijak untuk anak cepat cerai susu badan

1. Guna peralatan yang sesuai

Apabila anda mula mahu membuatkan anak kecil anda cerai susu badan, mulakanlah dengan memilih peralatan yan sesuai.

Jika anak anda berusia antara enam ke lapan bulan dan anda perlu menghentikan pemberian susu badan atas sebab tertentu, gantikan penyusuan badan dengan pemberian melalui botol secara beransur.

Jika anak anda berusia antara 8 bulan ke setahun, berikannya susu menggunakan cawan atau sippy cup.

Jika si kecil anda berusia lebih dari setahun, berikannya cawan yang tidak mudah pecah.

2. Latih deria rasa anak

Anda mungkin mempunyai sebab tertentu untuk beralih dari susu badan ke susu formula. Anda boleh melakukan peralihan jenis susu dengan cara melatih deria rasa si kecil anda.

Pada hari pertama sehingga hari ketiga proses perceraian susu badan, berikannya susu anda melalui botol.

Selepas seminggu, campur separuh susu badan anda dengan separuh susu formula supaya anak anda dapat menyesuaikan diri dengan rasa susu formula.

Kemudian, hentikan terus pemberian susu badan dan berikan susu formula sepenuhnya.

3. Alihkan perhatian

Anak kecil mudah untuk dialihkan perhatiannya. Ketika anda mencuba untuk membuatkan anak anda cerai susu badan, gunakan botol, straw, atau bekas minuman yang berwarna-warni!

Warna terang sebegini membantu untuk mengalihkan penumpuan pada rasa susu. Malah, botol yang comel dan berwarna-warni boleh menjadi “hiburan” buatnya ketika minum.

Dia mudah untuk terlupa atau tidak memberi fokus kepada rasa susu yang sedang diminumnya.

4. Bertegas

Jika anak anda sudah besar dan memang patut bercerai susu, anda perlu mengambil pendirian tegas.

Anak anda mungkin menangis dan anda akan berasa sedih melihat “kesengsaraan” dirinya, tetapi ia adalah langkah yang terbaik.

Terangkan kepadanya secara lembut mengapa dia perlu berhenti minum susu badan. Lambat laun, dia akan faham dan berhenti juga.

5. Memberikan puting

Jika anak anda gemar menghisap dan mudah meragam mahukan susu badan anda, berikannya puting, atau pacifier, sebagai satu langkah peralihan cerai susu badan.

Tetapi, kalau ia boleh dielakkan, anda tidak perlu memberikannya puting, dan terus bertukar ke penggunaan botol susu sahaja.

6. Berikan ganjaran

Gunakan juga teknik ganjaran untuk menggalakkan anak anda segera cerai susu.

Contohnya, apabila dia tidak meragam ketika diminta minum dari botol atau sippy cup, anda boleh memberikannya sticker, mainan, buku atau apa sahaja yang disukainya.

Tetapi, tidak perlulah selalu memberikan hadiah. Anda boleh berhenti apabila dia mula bercerai susu badan secara sukarela.

7. Minta ayah untuk ambil alih tugas memberi minum/makan

Ini bukanlah satu teknik melepaskan tangan, tetapi lebih kepada menghentikan anak anda dari mengaitkan antara minuman (susu ibu) dengan ibunya.

“Hilangkan diri” anda buat sementara ketika waktu makan. Biar ayah yang mengambil tugas tersebut.

Lambat laun, anak anda tidak akan lagi mencari ibunya apabila dia dahaga atau lapar. Proses bercerai susu juga menjadi lebih cepat dan lancar.

Malah, si ayah boleh mengambil peluang ini untuk membuat hubungan bonding dengan anaknya.

8. Dedahkannya dengan rakan seusia

Antara cara bijak lain yang boleh anda cuba adalah memperkenalkan anak anda kepada rakan yang sebaya dengannya.

Beritahu kepadanya yang kawan-kawan lain sudah pun berhenti minum susu. Katakan kepadanya, “Abang sudah besar. Macam kawan abang yang lain!”

9. Buat sentuhan fizikal

Antara sebab mengapa anak anda masih minum susu badan adalah dia sukakan kemesraan dan hubungan fizikal dengan anda ketika menyusu.

Jadi, banyakkan memeluk anak anda supaya dia tahu bahawa dia masih akan dapat bermanja dengan ibunya, walaupun sudah bercerai susu.

10. Buatkan proses bercerai susu badan satu proses menyeronokkan

Yang paling penting, kurangkan rasa stress pada anak. Buatkan proses makan makanan pejal itu menyeronokkan.

Malah, anda boleh berikannya botol susu ketika dia sedang melakukan aktiviti yang disukai.

Contohnya, ketika menonton TV, bermain mainan kegemarannya atau ketika bermain dengan ayahnya.

Jadi, cuba teknik di atas dan lihat bagaimana ia membantu melancarkan proses bercerai susu badan untuk si kecil anda!

Sumber: The Asian Parent Singapore via The AsianParent Malaysia

No comments:

Post a Comment