info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 29, 2018

'Apa salah saya sampai dia curang dengan janda anak dua?'


Malang nasib seorang wanita apabila dia diperdaya lelaki yang tidak bertanggungjawab. Di awal perkenalan mereka melalui aplikasi WeChat, mereka sudah terlanjur ketika menyewa sebuah bilik di sebuah hotel di Melaka selama tiga hari. Sehingga wanita itu disahkan hamil dan dia meminta lelaki terbabit bertanggungjawab. 

Namun lelaki itu degil dan tidak percaya serta mendakwa wanita itu cuba mempermainkannya. Setelah dipaksa untuk bertanggungjawab beberapa kali, lelaki itu akhirnya akur dan bersetuju berkahwin kerana mahu bertanggungjawab pada anak sulung mereka. 

Langit tidak selalu cerah, lelaki terbabit sekali lagi melakukan perkara yang tidak sepatutnya apabila dia curang dengan seorang janda anak dua. Isteri dan anak sendiri diabaikan, tetapi si janda dan dua anaknya dilayan dengan begitu baik. 

SAYA Lily, warganegara Thailand, berkenalan dengan seorang lelaki (tentera) melalui aplikasi WeChat selama setahun. apabila genap setahun perkenalan, saya pergi ke Melaka untuk berjumpa dengannya, A.Kamal, selepas puas dipujuk dan dirayu lelaki itu. 

Sampai di Melaka, Kamal tempahkan bilik hotel untuk saya selama tiga hari. Dalam tempoh tiga hari, Kamal bermalam dengan saya dan kami telah tidur bersama. 

Selepas tiga hari kemudian, saya pulang ke SP dan menjalani rutin harian seperti biasa. Tiga bulan selepas itu, saya disahkan mengandung. Saya memaklumkan perkara itu kepada Kamal, tetapi Kamal tidak mahu mengaku bahawa itu adalah anaknya. 

Saya ada meminta wang sebanyak RM300, untuk menggugurkan kandungan itu. Tetapi Kamal tidak mahu memberikan jumlah wang yang dipinta kerana takut dipermainkan oleh saya kerana dia merasakan bahawa itu bukan anaknya. 

Setiap hari saya menghubungi dan menghantar mesej merayu kepada Kamal untuk bertanggungjawab. Namun rayuan saya tidak diendahkan dan dibiarkan terkontang kanting keseorangan. Saya terlalu geram kerana dituduh macam-macam serta cemuhan yang dilontarkan kepada saya. 

Saya mengambil keputusan untuk meneruskan kehamilan sehingga anak saya dilahirkan. Selama lapan bulan saya tidak pernah buat pemeriksaan kandungan kerana takut dan tidak mengetahui apa-apa. Kalau terlalu sakit, saya akan pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. 

Bila dah hampir dengan tarikh bersalin, barulah saya buat kad merah. Itupun kerana atas makluman rakan. Saya selamat bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim. Saya mengalami kesakitan semasa bersalin tanpa ditemani Kamal. 


Disebabkan saya merupakan warganegara Thailand, saya dikenakan caj bayaran hampir RM4,000. Waktu itu saya tiada wang yang mencukupi. Simpanan saya hanya ada RM2,300, tidak termasuk kos ulang alik untuk check up anak yang mengalami jaundis dan diri saya hanya tuhan sahaja yang mengetahui keadaan saya pada ketika itu. 

Keluarga saya yang telah mengetahui perkara ini juga marah dengan tindakan Kamal yang enggan bertanggungjawab.  Saya terpaksa menghubungi ibu bapa kerana tidak mempunyai sesiapa kerana jika saya tidak menjelaskan bil hospital, saya tidak dibenarkan pulang. 

Saya berpantang seorang diri, menguruskan diri dan anak, membawa anak pergi ke klinik ke hulur ke hilir berseorangan. Anak mengalami sakit kuning yang tinggi selama tiga minggu. Saya memandu kereta ketika masih berada dalam pantang. Segala kesusahan dan keperitan saya menanggung seorang diri tanpa belas kasihan Kamal. 


Ketika dalam pantang, saya cuba menghubungi Kamal tetapi tidak dapat. Selepas beberapa minggu, Kamal menghubungi saya dan mahu membuat ujian DNA ke atas anak saya. Saya dengan berlapang dada mempersilakan dia untuk melakukannya. Tetapi Kamal hanya sekadar bercakap kosong. Kamal langsung tidak datang untuk membuat ujian DNA. 

Tidak lama selepas itu, Kamal mengajak saya berkahwin dan katanya dia hanya berniat mahu bertanggungjawab ke atas anak kerana anak saya mempunyai wajah yang seiras dengannya. 

Proses surat menyurat untuk berkahwin berlanjutan selama lapan bulan kerana saya warganegara Thailand dan dia tentera. Saya berulang alik ke Melaka untuk berjumpa dengan ustaz dan meminta kebenaran untuk berkahwin. Saya berani mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Kamal kerana dia sudah berjani untuk berubah dan bersungguh-sungguh mahu bertanggungjawab ke atas anak. Mas kahwin dan hantaran saya tidak pernah dapat. Hanya sebentuk cincin emas sahaja. 


Di awal perkahwinan, Kamal bersikap baik sebagai suami dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas saya dan anak selama dua bulan. Dalam masa kami menjalani kehidupan berumahtangga dan bahagia dia samping suami tercinta, saya dikhabarkan berita gembira kerana telah mengandung anak kami yang kedua. 

Setelah beberapa minggu saya mengandung, suami mula berubah dan saya dapat mengesan kecurangannya dengan beberapa orang perempuan. Saya pulang ke SP selepas habis berpantang meninggalkan kedua-dua anak di Perak (rumah mertua). 

Saya dapat bukti-bukti bahawa dia membawa perempuan lain pulang ke rumahnya untuk berzina. Bermula dari situ dia mengambil peduli lagi dengan saya. Saya di Kedah dan Kamal di Melaka. Dia tidak memberi keizinan saya tinggal bersama dengannya. 


Setelah anak kedua berusia enam bulan, surat mahkamah sampai di rumah saya. Kamal telah memfailkan cerai ke atas saya. Sampai tarikh perbicaraan 24 Januari 2018, saya pergi ke Melaka untuk hadir ke mahkamah. Perjalanan saya dari SP ke Melaka pada hari sebelum naik ke mahkamah, saya meminta suami mencarikan hotel untuk kami bermalam pada malam itu. Tetapi dia tidak mempunyai wang dan saya buntu Akhirnya dia membenarkan saya bermalam di rumahnya. Dia tiada dengan saya pada malam itu. 

Pada malam itu, mungkin tuhan nak tunjuk pada saya, saya terjumpa telefon lamanya. Saya hidupkan telefon itu dan mendapati ada bermacam-macam maklumat serta bukti kecurangan dia bersama janda. Saya juga menemui peralatan perangsang seks, sedangkan saya tidak tinggal bersama dengannya. Berkecai hati saya sebagai seorang isteri. 


Saya juga menemui peralatan menghisap syabu di atas almari di dalam songkok. Hati mana yang tidak remuk bila dia mengambil berat ke atas janda itu lebih daripada saya. Diibaratkan perempuan itu isteri dan saya perempuan simpanan. 

Naluri wanita saya terganggu dan pilu sehingga saya tidak tidur malam itu dan berdoa kepada tuhan supaya menunjukkan siapa perempuan itu, apa hubungannya dengan suami saya dan tunjukkanlah kebenarannya. Pada saat itu juga Allah tunjukkan kebenarannya. Saya dapat jumpa Facebook perempuan itu, gambar bermesra-mesraan seolah-olah dia tidak mengambil hak orang. 


Anak-anak sendiri suami tidak pernah beri perhatian sebegitu rupa, tetapi anak-anak perempuan itu mendapat layanan yang baik dan kasih sayang. 


Sebelum saya datang ke Melaka, saya ada menghubungi pegawai dan dia memberitahu suami saya untuk menanggung kos saya ke Melaka untuk kes perbicaraan. Saya tidak dapat menghubungi Kamal kerana dia telah menyekat semua akses saya untuk menghubunginya. 

Keesokan pagi, kami pergi ke mahkamah untuk dibicarakan dan kes ditundakan ke tarikh lain. Suami saya langsung tidak bertanya khabar anak sulung kami, apatah lagi ingin melihatnya. Anak sulung kami tinggal dengan saya di Kedah.

Sepanjang kami berkahwin, dia tidak pernah memberi nafkah kepada saya. Saya bekerja sendiri untuk menyara hidup dan anak pertama saya. Kami tinggal berasingan selama bernikah. Saya di Kedah dan dia pula di Melaka. Malah dia yang selalu meminta dan meminjam wang saya beribu-ribu untuk mengecat kereta, membeli sport rim kereta. 



Anak kedua tinggal di kampung mentua. Anak pertama saya ambil dan tinggal bersama saya. Saya perlu menguruskan kedai di Sungai Petani dan saya tidak sempat nak menjaga dua orang anak sekali gus. Kedai saya tiada pekerja, semua saya uruskan sendiri. Anak saya bawa ke salon dan lagi satu sebab kalau saya tidak tinggalkan anak bagi kakak ipar saya jaga, dia takkan bagi nafkah untuk anak dia dan dia akan lepas tangan begitu saja. 

Selama hidup, kami dua beranak saja perlu menanggung perbelanjaan sebanyak RM900 sebulan kos barang-barang dan upah kakak ipar menjaga anak kedua. Jika ada masa lapang atau wang lebih, saya pulang untuk melihat anak dan sentiasa bertanya khabar anak dari kakak ipar. Syukur dapat keluarga mentua yang baik dan sayangkan anak-anak saya. Saya berharap mereka dapat mendidik anak saya dengan baik. 


Di sini saya ingin bertanya pendapat anda semua. Saya sudah hilang kesabaran bertahun-tahun. Saya diam dan biarkan diri saya diperbodohkan. Apa salah saya sebagai seornag isteri sehingga dia curang dengan janda anak dua. Kalau saya tak betul, betulkanlah saya. Bimbinglah saya ke arah agama Islam. Ambil berat tentang saya pun tidak. Anak sendiri pun tak mampu nak jaga. 

Patutkah dia memperlakukan saya seperti ini? Sedangkan dia yang mengajak saya berkahwin dan mahu bertanggungjawab tetapi di mana janjinya itu? Ke manakah hala tuju saya selepas penceraian ini, sedangkan saya mualaf. 

Bagaimana saya hendak mendidik anak-anak tentang Islam sedangkan saya pun terkapai-kapai dalam mencari tuhan. Suami mengajak saya masuk Islam tetapi tidak mengajar saya tentang Islam. Kenapa berkahwin dengan saya kalau hendak merosakkan hidup saya? Keluarga pun tidak dapat menerima agama saya. 

Sumber: Mi Ka

No comments:

Post a Comment