info-info menarik !

Breaking

Tuesday, January 9, 2018

Akui Pernah Terima Gambar Lucah Di Media Sosial - Daiyan Trisha


Menjadi seorang selebriti yang terkenal bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dibayangkan kerana selain daripada menerima kata-kata pujian daripada peminat, selebriti juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

Tambahan pula, dalam dunia yang serba moden dan memang bergantung sepenuhnya pada teknologi seseorang selebriti itu sudah pastinya tidak dapat lari dari menjadi mangsa buli siber dan antara selebriti yang telah menjadi mangsa adalah Daiyan Trisya.


Menurut pelakon filem ‘Buskers’ itu, akaun Instagramnya, @daiyantrisha pernah diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mana pada awalnya dia menganggap individu itu mahu ‘mencuri’ followers-nya tetapi rupanya individu itu bertindak sebaliknya.

Iaitu membuang akaun Instagram Daiyan itu. Namun, Daiyan bernasib baik kerana pihak Instagram boleh mendapatkan semula akaun itu. Akan tetapi, bukan itu sahaja yang berlaku kepada Daiyan, kerana selain digodam, Daiyan juga turut menerima gambar yang tidak sepatutnya di media sosial.


Jelas Daiyan, dalam sebulan, pasti akan ada sekali Daiyan akan menerima gambar itu di media sosialnya, dan dia sendiri tidak tahu mengapa individu itu menghantar gambar tidak sepatutnya itu kepadanya. Tetapi, sebagai selebriti sudah pasti dia tidak boleh menghentikan semua itu.

Tetapi, jalan paling mudah yang Daiyan boleh ambil adalah dengan tidak membuka gambar-gambar yang diterimanya terutama sekali jika dihantar dari akaun yang mencurigakan.

Betul tindakan Diayan itu, sebaiknya jangan ditengok ataupun dilayan individu tidak senonoh seperti itu yang mungkin mempunyai niat tidak baik terhadap Daiyan.

No comments:

Post a Comment