info-info menarik !

Breaking

Saturday, December 23, 2017

Wanita Kantoi Ajar Anak Berusia 8 Tahun Mencuri!


Kes mencuri di negara kita semakin hari semakin berleluasa. Ada sahaja di antara kita yang panjang tangan mencuri barang orang lain, tanpa mengira usia mereka. Ada kalanya dapat dilihat pencuri itu seperti sudah terbiasa dengan aktiviti berkenaan, kerana tiada riak menyesal di wajah mereka melainkan kepuasan.

Seperti kisah yang tular di media sosial ini, di mana seorang wanita telah mengajar anak kecilnya yang baru berusia 8 tahun untuk mencuri. Whatttt? Kecil-kecil pun dah diajar, dah besar nanti macam mana?!



Menurut Tuan Asyraf, pada hari Khamis yang lepas jam 7 petang, kedainya yang terletak di Tesco Sungai Petani Selatan telah didatangi seorang wanita berserta dua orang lagi kanak-kanak yang dipercayai telah mencuri telefon bimbit syarikatnya. Wanita yang berumur dalam lingkungan 30an itu dipercayai berasal dari negara Thailand kerana dapat didengari melalui perbualannya bersama anaknya yang masing-masing lingkungan umur antara 10 hingga 12 tahun dan 8 hingga 10 tahun itu.



Difahamkan, kejadian yang berlaku itu sepertinya sudah dirancang oleh mereka.

Setibanya mereka di kedai aksesori telefon itu, mereka mundar mandir di dalam kedai berkenaan sambil mata masing-masing melirik ke kaunter kedai tersebut.

“Mereka melangkah masuk ke dalam dan mereka berpaling ke arah kaunter banyak kali. Anak-anaknya mundar mandir dari maknya ke kaunter banyak kali”




Seperti biasa, seorang pekerja pastinya akan melayan pelanggan mereka tanpa mengesyaki apa-apa. Ketika pekerja yang ada di situ sedang melayan wanita berkenaan, anaknya terus pergi ke arah kaunter dan mencuri telefon bimbit yang ada di situ.

“Staff melayan mesra maknya, anaknya pula buat kerja! Lepas anaknya ambil phone, maknya terus cepat-cepat melangkah keluar. Bagus modus operandi dorang ni!”



Sejurus sahaja kejadian ini berlaku, Asyraf terus memuat naik ke dalam Facebook miliknya memandangkan beliau mempunyai bukti iaitu rakaman CCTV yang jelas sekali merakam segala tingkah laku mereka sekeluarga. Tetapi tanpa disangka, turut ada mangsa lain yang pernah dicuri oleh orang yang sama.



Asyraf berharap dengan perkongsian ini, pencuri-pencuri itu berjaya ditangkap secepat mungkin kerana tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi.

“Saya nak pesan, jika nampak tiga beranak ini di mana-mana, pegang mereka, tangkap mereka dan bawa ke balai polis berdekatan”

Sebagai orang yang lebih dewasa, kita sepatutnya menjadi contoh pada mereka dan melarang bila mereka membuat kesalahan. Bukannya mengajar mereka buat benda bukan-bukan! - lobakmerah

No comments:

Post a Comment